Hi! Welcome Back and Stay Tune! Qualcomm Menguji Janaan Grafik Stable Diffusion Terpantas Pada Peranti Snapdragon 8 Gen 2 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Qualcomm Menguji Janaan Grafik Stable Diffusion Terpantas Pada Peranti Snapdragon 8 Gen 2


Hari demi hari kini kita mendengari berita mengenai perkembangan teknologi kecerdasan buatan. Yang menjadi trend sekarang adalah sistem kecerdasan menjana grafik seperti DALL.E 2, Midjourney atau Stable Diffusion.

Semua perkhidmatan kecerdasan buatan ini menggunakan Internet dan dijana melalui pelayan masing-masing, menjadikan proses menjana sesuatu grafik mengambil masa mencapai lebih seminit. Terkini, Qualcomm menguji kemampuan Stable Diffusion yang diproses dari dalam peranti Android yang dijana Snapdragon 8 Gen 2. Dalam ujian ini, Qualconmm berjaya menjana grafik 512 x 512 piksel dalam masa 15 saat.

Perkara ini dibolehkan kerana Snapdragon 8 Gen 2 mempunyai pemproses kecerdasan buatan hexagon terbina. Ini adalah satu rekod yang menakjubkan, kerana sebelum ini pembangun menguji fungsi sama pada Xperia 5 II dengan cip Snapdragon 865 – grafik 512 x 512 piksel mengambil masa satu jam untuk dijana.

Pada iPhone, Apple mengumumkan pengoptimasian Core ML untuk Stable Diffusion dan aplikasi Draw Things menggunakannya. Aplikasi ini jika digunakan dalam ujian saya mengambil masa kurang dua minit untuk menjana grafik dengan butiran teks rumit. Jadi untuk Qualcomm berjaya menguji kemampuan janaan grafik kecerdasan buatan kurang 15 saat adalah satu perkara yang pasti diingini ramai.

Cuma buat masa ini, tidak pasti sama ada Qualcomm akan memperkenalkan aplikasi khas untuk pengguna peranti Snapdragon 8 Gen 2 atau hanya semata untuk memperlihatkan kehebatan cip peranti mercu baharu mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.