Twitter Mengalami Masalah Untuk Diakses
Twitter mengalami masalah untuk diakses sejak sekitar 6 pagi tadi waktu Malaysia. Sekiranya ciapan ingin dihantar menggunakan Twitter web dan Tweetdeck, pengguna akan menerima notifikasi mengatakan mereka telah mencapai had ciapan maksimum harian.
Susur masa pagi ini hanya memaparkan ciapan dari akaun dari Amerika Syarikat dan syarikat yang menerima calit Verified sahaja. Sesetengah pengguna ada melaporkan ciapan yang dihantar hanya muncul selepas beberapa minit. Berdasarkan pengalaman peribadi, ciapan yang dihantar menerusi aplikasi telefon pintar dihantar tetapi tidak muncul pada susu masa. Gangguan tidak sekadar terhad kepada menghantar ciapan peribadi malahan retweet juga tidak boleh dilakukan.
Twitter telah mengeluarkan kenyataan mereka menyedari masalah ini berlaku dan usaha sedang dilakukan untuk mengembalikan perkhidmatan. Kami menyedari isu muncul sejurus selepas Twitter mengumumkan sokongan menghantar ciapan dengan 4000 aksara dua jam yang lalu.
Dikemaskini – Twitter versi web dan aplikasi telefon pintar boleh digunakan kembali tetapi masih belum 100% lancar. Akses kepada Tweetdeck pula masih lagi belum dipulihkan ketika artikel ini ditulis.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment