Hi! Welcome Back and Stay Tune! Xiaomi 13 Dan 13 Pro Dilancarkan Ke Pasaran Global Dengan Lensa Leica - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Xiaomi 13 Dan 13 Pro Dilancarkan Ke Pasaran Global Dengan Lensa Leica


Xiaomi 13 dan Xiaomi 13 Pro telah dilancarkan untuk pasaran global hari ini di Mobile World Congress 2023 yang berlangsung di Barcelona. Peranti yang amat dinantikan ini adalah yang pertama daripada Xiaomi dengan teknologi Leica yang dilancarkan ke pasaran global selepas kesemua siri Xiaomi 12S hanya dipasarkan di China.

Xiaomi 13 Pro menggunakan skrin 6.73″ OLED LTPO beresolusi 2K dan kadar segar semula 120Hz. Ia bukan sahaja menyokong format HDR10+ tetapi juga Dolby Vision. Berbeza dengan Xiaomi 13, skrin 13 Pro melengkung pada bahagian sisi. Cip Snapdragon 8 Gen 2 dipadankan dengan memori 12GB RAM LPDDR5, dan storan sehingga 512GB UFS 4.0.

Bateri adalah berkapasiti 4820mAh dengan pengecasan 120W berwayar, nirwayar 50W dan berbalik 10W. Pengecas disertakan dengan setiap pembelian.

Kamera utama pula sebesar 50MP dengan sensor bersaiz 1-inci daripada Sony IMX989. Kamera ultra sudut lebar dipadakan dengan sensor 50MP dan kamera telefoto 50Mp yang boleh melakukan zum optikal sehingga 3.2X. Kamera swafoto pula adalah 32MP yang diletakkan dalam sebuah lubang kamera.

Peranti melepasi piawaian kalis debu dan air IP68 serta turut hadir dengan speaker stereo serta pemancar infra merah. Masih tiada bicu audio tetapi terdapat sokongan dwi-SIM nano bersama dengan sebuah eSIM.

Xiaomi 13 pula menggunakan skrin 6.36″ OLED beresolusi FHD+ dengan segar semula 120Hz serta Dolby Vision. Cip Snapdragon 8 Gen 2 juga digunakan pada model ini dengan padanan memori 12GB RAM LPDDR5 dan storan sehingga 512GB UFS 4.0.

Bateri berkapasiti 4,500mAh boleh dicas pada kuasa 67W berwayar, 50W nirwayar dan 10W secara berbalik. Ia turut melepasi piawaian kalis air IP68 dengan speaker stereo. Skrin dan tubuh peranti ini adalah rata serta berkotak. Berlainan sama sekali dengan 13 Pro yang dibulatkan pada bahagian sisi.

Kamera utama adalah 50MP dengan sensor Sony IMX800 bersama, kamera sudut-lebar 12MP dan telefoto 10MP. Kamera hadapan pula sebesar 16MP yang diletakkan di dalam lubang kamera.

Kedua-duanya hadir dengan lensa Leica dan juga ciri khas terbina pada aplikasi kamera. Antara yang boleh dilakukan ialah memilih mod warna Leica Vibrant dan Leica Authentic. Mod potret juga mempunyai beberapa mod Leica dengan warna, bokeh dan ciri lain menarik yang khusus.

Harga jualan untuk pasaran global adalah seperti di bawah. Harga untuk pasaran Malaysia hanya akan diumumkan dalam acara yang akan berlangsung petang ini.

  • Xiaomi 13 (8GB + 128GB) –$999 (~RM4431)
  • Xiaomi 13 (12GB + 256GB) – $1099 (~RM4874)
  • Xiaomi 13 Pro (12GB + 256GB) – $1299 (~RM5761)
  • Xiaomi 13 Pro (12GB + 512GB) – $1399 (~RM6205)


✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.