CapCut Kini Mempunyai Lebih 200 Juta Pengguna Aktif Bulanan
CapCut merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan penyuntingan video dilakukan terus melalui peranti mudah-alih. Ia menyertakan sejumlah fungsi menarik, termasuk kesan khas, kesan penuras, animasi, dan sebagainya.
Terbaru, mengikut perkongsian WSJ, CapCut dilaporkan mempunyai 200 juta pengguna aktif bulanan.
Untuk makluman, CapCut turut dimiliki oleh Bytedance, iaitu syarikat disebalik aplikasi TikTok. Sejumlah pengguna yang menerbitkan video di TikTok menggunakan aplikasi CapCut untuk tujuan penyuntingan video.
Buat masa ini, walaupun TikTok sering diserang atas penggunaan data peribadi, namun CapCut terselamat daripada serangan sedemikian kerana ia menawarkan aplikasi penyuntingan video sahaja.
CapCut masih ditawarkan secara percuma pada hari ini, dan ia dijangka Bytedance menambah sejumlah ciri berbayar pada aplikasi berkenaan tidak lama lagi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment