GPT-4 Dijangka Diperkenal Seawal Minggu Ini – Menawarkan Sokongan Model Kecerdasan Buatan Berbilang Mod
GPT (Generative Pre-Trained Transformer) sedia mencuri perhatian ramai melalui penawaran perisian ChatGPT yang sedia diakses ramai, termasuk melalui Bing Chat. Untuk makluman, sebelum ini, ia berasaskan kepada versi GPT-3.5, dan lebih memfokuskan kepada input dan output berasaskan kepada teks.
Kini, ia dikatakan versi seterusnya untuk GPT akan diperlihatkan seawal minggu ini. Perkara ini dikongsikan oleh pihak Microsoft, yang sedia melabur berbilion dolar pada OpenAI, syarikat yang membangunkan teknologi berkenaan.
GPT-4, versi seterusnya untuk model kecerdasan buatan berkenaan, dijangka akan menawarkan kemaskini besar, menyertakan sokongan berbilang mod. Ini sekaligus akan membolehkan kecerdasan buatan menjana kandungan dalam format lain.
Salah satu format yang dinantikan adalah format video. Ia tidak diketahui lagi kelancaran dan kebolehan yang bakal dibawakan oleh GPT-4 ini.
Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan, dan bagaimanakah ia boleh memudahkan lagi sejumlah tugasan manusia pada hari ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment