Jam Tangan Amazfit GTR Mini Bakal Ke Pasaran Malaysia Pada Bulan Ini
Lambakan peranti boleh pakai di pasaran ketika ini telah memberi pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan produk yang selari dengan keperluan. Tetapi seandainya mahukan lebih pilihan, Amazfit kini mengesahkan kehadiran seutas peranti boleh pakai terbaharu menerusi GTR Mini. Ia juga telah disahkan tiba di Malaysia pada bulan ini tanpa berkongsi lanjut mengenai maklumat perkakasan dalaman.
Namun begitu, jam tangan pintar ini pernah tertiris dalam laporan terdahulu yang memperlihatkan rekaan penuh untuk tubuhnya dan kotak pembelian. Seperti namanya, ia dijangka menjadi model lebih asas berbanding GTR premium yang diumumkan sebelum ini. Skrin berbentuk bulat juga masih dikekalkan dengan kerangka keluli tahan karat. Ini dipadankan pula dengan satu butang fizikal di sisi sebelah kanan untuk kawalan lebih pelbagai.
Seperti jam tangan pintar yang lain, ia juga semestinya dilengkapi dengan sensor menjejak kesihatan dan kecergasan yang pelbagai. Bukan itu sahaja, ia juga dipercayai mempunyai ciri GNSS untuk sokongan GPS, QZSS, BEIDOU serta GALILEO. Bateri sebesar 500mAh juga mungkin digunakan, selanjutnya tambatan pula boleh dilakukan dengan sokongan Bluetooh 5.1 LE.
Bagi melihat sejauh mana hal yang dikongsikan, sama-sama nantikan pelancaran rasminya pada 17 Mac ini. Kami di Amanz juga akan berkongsi lanjut mengenai penawaran penuh pada peranti termasuklah harga jualan rasmi.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment