Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kerentanan Hari-Sifar Serius Ditemukan Pada Cip Dan Modem Exynos - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kerentanan Hari-Sifar Serius Ditemukan Pada Cip Dan Modem Exynos


Telefon pintar ialah komputer utama pengguna di dunia sekarang. Pelbagai perkara dapat dilakukan dengan hanya sebuah peranti di dalam telapak tangan. Oleh itu keselamatan peranti ini adalah perlu bagi mengelakkan maklumat peribadi pengguna dicuri. Google Project Zero telah melaporkan penemuan 18 kerentanan sekuriti hari-sifar pada cip dan modem Exynos yang dikeluarkan oleh Samsung.

Daripada 18 kerentanan ini, 4 dikategorikan sebagai serius dengan peranti boleh diambil alih tanpa sebarang aksi dilakukan oleh pemilik. Sejak kerentanan ditemukan pada perkakasan pada penghujung 2022 dan awal tahun 2023, Samsung telah dimaklumkan oleh Project Zero bagi membolehkan tampalan sekuriti dilakukan oleh pengeluar.

Penemuan hanya dilaporkan selepas kerentanan ini ditampal oleh Samsung. Peranti-peranti yang terjejas adalah seperti di bawah.

  • Samsung- siri S22, M33, M13, M12, A71, A53, A33, A21, A13, A12 dan siri A04.
  • Vivo- siri S16, S15, S6, X70, X60, X30.
  • Google Pixel 6, Pixel 7.
  • Peranti boleh-pakai dengan cip Exynos W920.
  • Peranti dengan cip Exynos Auto T5123.

Beberapa peranti Samsung dan Google telahpun menerima tampalan menerusi kemas kini sekuriti untuk bulan Mac. Pada peranti yang belum ditampal, risiko sekuriti dapat dikurangkan dengan mematikan ciri VoWiFi dan VoLTE pada peranti sekarang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.