Hi! Welcome Back and Stay Tune! Microsoft Security Copilot Meningkatkan Keselamatan Siber Menggunakan AI Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Microsoft Security Copilot Meningkatkan Keselamatan Siber Menggunakan AI Dilancarkan


Microsoft Security Copilot telah dilancarkan awal pagi tadi dengan ia sebuah lagi perkhidmatan mereka yang menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk mengurangkan beban kerja. Menerusi Security Copilot, tugasan memantau keselamatan siber akan dipertingkatkan menggunakan kecerdasan buatan.

Antara tugas yang boleh dilakukannya ialah membantu pasukan keselamatan siber sesebuah organisasi untuk mengesan sebarang serangan dengan pantas. Pelanggan baharu misalnya boleh bertanya terus kepada Security Copilot apakah kerentanan pada sekuriti yang wujud pada sistem IT syarikat. Berdasarkan maklumat sistem dan pangkalan data sedia ada, kerentanan yang wujud akan disenaraikan.

Pasukan keselamatan kemudiannya boleh memberikan tumpuan kepada kerentanan paling serius untuk ditampal sebelum terlambat tanpa perlu memburunya secara manual. Security Copilot turut boleh menyediakan ringkasan serangan yang dikesan secara masa nyata untuk memudahkan laporan dihasilkan. Ia tidak direka untuk menggantikan manusia sebaliknya mengurangkan kerja remeh yang perlu dilakukan pasukan keselamatan.

Security Copilot kini sedang oleh beberapa pelanggan Microsoft untuk tempoh yang terhad sebelum ia ditawarkan sebagai produk untuk semua dalam masa terdekat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.