Mozilla Membentuk Sebuah Startup Baharu Memfokuskan Pembangunan Ekosistem AI Sumber Terbuka
Mozilla, pembangun pelayar web popular Firefox, hari ini mengumumkan pembentukkan sebuah startup baharu, dinamakan sebagai Mozilla.ai. Dibawah startup ini, Mozilla akan melabur sebanyak $30 juta, dalam usaha membangunkan sebuah ekosistem sumber terbuka untuk kecerdasan buatan.
Mozilla menyatakan pada hari ini, kecerdasan buatan menjadi fokus ramai, dan sejumlah peralatan seperti ChatGPT dan Stable Diffusion digunakan meluas, sekaligus mengubah bagaimana komunikasi dan kreativiti digunakan dalam kalangan komuniti.
Disamping itu, enjin pengesyoran pada media sosial seperti TikTok dan lain-lain juga mula mengintegrasikan kecerdasan buatan turut mengubah bagaimana kita berinteraksi dan melihat kandungan di web.
Selari dengannya, kini Mozilla.ai ingin membangunkan sebuah ekosistem kecerdasan buatan tersendiri yang terbuka, bebas dan juga boleh dipercayai.
Untuk peringkat permulaan, Mozilla akan memfokuskan kepada peralatan menghasilkan AI dalam bentuk penjanaan yang lebih selamat dan telus. Disamping itu, Mozilla turut ingin membangunkan sistem pengesyoran yang tidak memberikan kesan kepada kebaikkan kita.
Mozilla dijangka berkongsi lanjut mengenainya dalam bulan-bulan akan datang.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment