Hi! Welcome Back and Stay Tune! Pfizer Mengambil-Alih Seagen – Pembangun Perubatan Kanser, Pada Nilai RM193 Bilion - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Pfizer Mengambil-Alih Seagen – Pembangun Perubatan Kanser, Pada Nilai RM193 Bilion


Pfizer hari ini mengumumkan pengambil-alihan sebuah firma bioteknologi, Seagen pada nilai $43 bilion (iaitu sekitar RM193.36 bilion). Transaksi pengambil-alihan ini dijangka selesai sepenuhnya pada penghujung 2023 ini, atau pada awal tahun hadapan.

Seagen merupakan salah satu firma yang memfokuskan kepada pembangunan perubatan untuk rawatan kanser. Seagen juga membangunkan ADC (antibody-drug conjugates) yang dikatakan direka untuk membunuh sel kanser.

Pengambil-alihan ini dijangka memberikan kelebihan kepada Pfizer dalam menerajui arena perubatan melibatkan kanser berbanding sejumlah pesaing lain. Pfizer sendiri menyasarkan pengambil-alihan Seagen menyumbang kepada pendapatan lebih $10 bilion menjelang 2030 kelak.

Seperti biasa, transaksi pengambil-alihan ini akan melalui pelbagai fasa, termasuk pengesahan daripada pihak berkuasa sebelum ia selesai sepenuhnya.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.