Spotify Dikemaskini Dengan Ciri Previu Muzik, Podsiar Dan Buku Audio Lebih Mudah
Spotify hari ini mengumumkan antaamuka baharu muka utama aplikasi mereka pada platform Android dan iOS. Menerusi muka “home” baharu ini, proses mencari lagu, podsiar dan buku audio terkini dipermudahkan dengan ciri previu audio pendek semasa kandungan ditatal.
Berdasarkan antaramuka yang dikongsi, jelas Spotify meminjam banyak elemen daripada aplikasi TikTok dan Instagram kerana previu hadir dengan video pendek serta animasi yang diharap dapat menarik minat pengguna untuk mendengar kandungan tersebut secara penuh.
Selain antaramuka yang lebih interaktif, Spotify turut memperkenalkan Smart Shuffle yang memainkan lagu yang mungkin disukai pengguna berdasarkan senarai main peribadi. Ciri Autoplay juga disokong pada podsiar dengan episod yang serasi dengan yang didengari sebelum ini akan dimainkan secara automatik.
Antaramuka baharu ini juga lebih serasa dengan ciri DJ kecerdasan buatan yang diumumkan sebelum ini. Malang sekali DJ masih terhad kepada pengguna di Amerika Syarikat dan Kanada sahaja pada waktu ini. Kesemua ciri yang diumumkan hari ini akan diberikan kepada semua pelanggan Spotify Premium secara berperingkat.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment