Hi! Welcome Back and Stay Tune! Viu Kini Boleh Diakses Menerusi Astro Ultra Box - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Viu Kini Boleh Diakses Menerusi Astro Ultra Box


Viu adalah satu platform penstriman video yang cukup popular kerana menawarkan banyak kandungan tempatan asli yang berkualiti. Banyak kandungan yang mereka tawarkan hangat dibincangkan di Internet. Selama ini Viu hanya boleh diakses di televisyen pintar terpilih, peranti mudah alih atau web.

Kini, Astro telah membawa Viu terus ke kotak tv Ultra Box. Menariknya, bermula 9 Mac (semalam) sehingga 8 Jun 2023, semua pelanggan Astro Ultra Box boleh mengakses Viu Premium secara percuma. Dengan penawaran langganan ini, pelanggan boleh menstrim siri TV baharu seperti Nenek Bongkok Tiga, Bilik Tepi, Mantan Tapi Menikah, Taxi Driver II dan banyak lagi.

Biasanya, untuk mengakses Viu langganan sebanyak RM14.90 sebulan perlu dibayar atau RM29.90 untuk tiga bulan. Bagi pelanggan Astro Ultra Box, cari aplikasi Viu yang sedia terpasang, kemudian pilih Pair Account. Akan ada mesej mengenai akses untuk pelanggan Astro adalah percubaan sahaja. Setiap akaun boleh menstrim Viu pada lima peranti serentak.

Selepas 8 Jun, pelanggan Astro Box boleh kunjungi laman web Astro untuk menjadikan Viu sebahagian dari pakej pek langganan masing-masing.

Dengan penambahan Viu ke Ultra Box, Astro secara tidak langsung menjadi adi-agregator kepada platform penstriman lain termasuk dengan HBO Go, Disney+ Hotstar, beIN SPORTS CONNECT, iQIYI dan TVBAnywhere+ semua boleh diakses dengan satu harga langganan sahaja.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.