Hi! Welcome Back and Stay Tune! Aplikasi Berita Artifact Kini Boleh Memberi Ringkasan Dalam Format Gen Z Atau Emoji - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Aplikasi Berita Artifact Kini Boleh Memberi Ringkasan Dalam Format Gen Z Atau Emoji


Artifact iaitu aplikasi membaca berita dari pembangun Instagram kini semakin seronok untuk digunakan. Ia menggalakkan lagi orang ramai membaca berita terkini dalam cara yang menyeronokkan.

Kemaskini terbaru adalah menyertakan ciri kecerdasan buatan yang boleh meringkaskan artikel. Apa yang menjadikan ciri kecerdasan buatan Artifact ini menarik adalah ringkasan boleh dijana dalam beberapa format berbeza.

Pertama adalah ringkasan biasa jika anda malas membaca artikel penuh. Kemudian ada pilihan Explain Like I’m Five yang meringkaskan berita untuk pemahaman kanak-kanak, ringkaskan dalam bentuk emoji, ringkasan dalam bentuk puisi dan juga dalam bahasa yang golongan Gen Z boleh faham.

Untuk menggunakannya juga mudah di mana pengguna hanya perlu buka satu artikel dan tekan ikon Aa. Di situ pilih Summarize dan akan ada kotak hitam di paparkan di atas artikel. Tekan tiga titik di kotak hitam ini untuk memilih format ringkasan yang digemari.

Artifact buat masa ini masih lagi percuma digunakan tetapi kandungannya terhad kepada bahasa Inggeris. Jika anda ingin membaca artikel dan berita terkini dalam bahasa Melayu anda boleh muat turun aplikasi seperti Sarwa yang turut memaparkan ringkasan berita.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.