Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple Dijangka Memfokuskan Sokongan Widget Melalui watchOS 10 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple Dijangka Memfokuskan Sokongan Widget Melalui watchOS 10


Apple menjadualkan acara WWDC pada bulan Jun kelak, dimana mereka dijangka mengumumkan sejumlah pembaharuan pada sokongan perisian, termasuk iOS, watchOS, tvOS, dan juga macOS.

Menyentuh mengenai watchOS, Apple dijangka mengumumkan watchOS 10 pada acara berkenaan. Pelbagai desas-desus sebelum ini sedia menyatakan Apple akan membawakan pembaharuan rekabentuk melalui kemaskini perisian untuk jam tangan Apple Watch berkenaan.

Berkongsi lanjut kini, Bloomberg melaporkan Apple akan memfokuskan kepada ciri widget melalui watchOS 10 kelak.

Pengguna dijangka akan dapat menatal melalui pelbagai widget pada muka jam dengan mudah, lebih kurang seperti yang terdapat pada iPhone dan iPad. Dengan langkah ini, pengguna dijangka akan dapat mengakses sejumlah informasi dengan pantas, dan membukanya hanya jika perlukan info lanjutan.

Dengan perkembangan baharu ini, sama-sama kita nantikan pengumuman watchOS 10 kelak pada WWDC akan datang ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.