Apple Mungkin Tidak Benarkan Pengguna Malaysia Untuk Sideload Aplikasi Di iPhone
Beberapa hari yang lepas, kita telah mendengar laporan awal mengatakan Apple dijangka menjadikan iOS17 sebagai asas sebelum ciri sideloading atau memuatkan aplikasi diluar kedai aplikasi dibenarkan di iPhone.
Pada hari ini, ciri seumpamanya sedia boleh digunakan pada Android dengan pemasangan fail berbentuk APK, tetapi pada iPhone ia tidak dibenarkan. Namun, disebabkan oleh perundangan di Eropah yang baharu, Apple dijangka akan mengubah dan membenarkan ciri sideloading berkenaan.
Apa pun, kini hadir laporan lanjutan, mengatakan Apple mungkin mengaktifkan ciri berkenaan secara terhad – khusus untuk pengguna di Eropah sahaja.
Sementara pengguna di luar Eropah, termasuk di Malaysia akan masih terikat dengan pemasangan aplikasi hanya melalui AppStore, dan bukannya secara sideloading.
Apple sering menekankan masalah berkaitan keselamatan dan sekuriti apabila memasang aplikasi di luar kedai aplikasi. Dan dalam meneruskan perkara tersebut, Apple dijangka mengekalkan perkara berkenaan untuk pasaran luar Eropah. Ini juga dijangka akan dapat meneruskan dominasi kedai aplikasi Apple AppStore di peringkat global, luar Eropah.
Buat masa ini, ini hanya spekulasi awal sahaja, dan tiada sebarang komen rasmi daripada pihak Apple berkaitan perkara ini.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment