Hi! Welcome Back and Stay Tune! Infinix Hot 30, 30 FreeFire Edition, 30i, Dan 30i NFC Dilancarkan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Infinix Hot 30, 30 FreeFire Edition, 30i, Dan 30i NFC Dilancarkan


Empat telefon pintar di bawah siri Infinix Hot 30 telah dilancarkan di Thailand semalam. Infinix Hot 30, Hot 30 FreeFire Edition, Hot 30i dan Hot 30i NFC adalah peranti kelas pertengahan yang masing-masing mempunyai ciri menarik tersendiri.

Infinix Hot 30 hadir dengan skrin 6.78″ IPS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G88, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri daripada lensa 50MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G tetapi menggunakan sistem operasi Android 13. Bicu audio 3.5mm juga masih disertakan.

Infinix Hot 30 Free Fire Edition pula hadir dengan skrin 6.78″ IPS LCD FHD+ 90Hz, dijana cip Helio G88, memori 8GB RAM, storan 256GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan pantas 33W. Kamera utama terdiri daripada lensa 50MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto. Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G tetapi menggunakan sistem operasi Android 13. Bicu audio 3.5mm juga masih disertakan.

Yang membezakannya dengan Hot 30 biasa ialah pelbagai ikon dan antaramuka, kerangka, pin talam SIM, topi , pelekat dan tali lanyard bertemakan permua popular Fee Fire.

Infinix Hot 30i hadir dengan skrin 6.56″ IPS LCD HD+ 90Hz, dijana cip Unisoc T606, memori 4GB RAM, storan 128GB dan bateri 5000 mAh yang menyokong pengecasan 18W. Kamera utama terdiri daripada lensa 13MP sudut lebar yang dipadankan dengan lensa AI. Sementara itu di hadapan pula sensor 8MP digunakan pada kamera swafoto.

Peranti sekadar menyokong rangkaian 4G, dilengkapi bicu audio 3.5mm dan masih menggunakan Android 12. Infinix Hot 30i NFC pula mempunyai spesifikasi yang sama cuma memori meningkat ke 8GB RAM dan mempunyai sistem NFC.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.