Penggunaan Twitter Dilaporkan Berkurangan Dari Bulan Ke Bulan
Twitter sejak dibawah Elon Musk, telah melalui pelbagai perubahan drastik – dari segi penghentian pekerja, pengenalan ciri calit berbayar, serta sejumlah perubahan lain.
Elon Musk sendiri menyatakan langkah-langkah yang dilakukan adalah dalam menjana pendapatan dan membawa Twitter kepada syarikat yang menguntungkan dan bukannya yang “membakar duit”.
Walaubagaimanapun, langkah yang dilakukan dilihat memberikan impak kepada penggunaan Twitter. Mengikut data terkini SimilarWeb, trafik ke Twitter berkurangan sekitar 7.7%.
Malah, ramai juga yang sering mengadu berkenaan pelbagai pepijat pada platform tersebut yang kadang-kala membawa kepada kerisauan – seperti ciri Twitter Circle baru-baru ini yang memaparkan sesuatu tweet yang dikongsikan secara peribadi kepada pengguna secara terbuka.
Apa pun, buat masa ini, Twitter dilihat masih bertahan kerana ketiadaan sebarang pesaing yang bagus buat masa ini untuk perkhidmatan berkenaan.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment