Hi! Welcome Back and Stay Tune! Sebanyak 38.4 Juta PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Sebanyak 38.4 Juta PlayStation 5 Telah Terjual Setakat Ini


Tahun ini ialah tahun yang cukup baik untuk perniagaan konsol Sony PlayStation. Isu rantaian bekalan sudah diselesaikan dengan konsol PlayStation 5 kini sudah boleh dibeli dengan mudah tanpa perlu menjalani proses cabutan bertuah sejak 2020. Dengan konsol semakin mudah dibeli, Sony mengumumkan 19.1 juta PlayStation 5 telah terjual dalam tahun fiskal 2022.

Hasilnya kini sebanyak 38.4 juta PlayStation 5 telah terjual sejak pelancarannya pada tahun 2020. Tahun fiskal 2022 adalah tahun yang mencatatkan jualan tertinggi PS5 sejak dilancarkan. Dengan ini ia mudah menjadi konsol generasi semasa dengan jualan tertinggi meninggalkan Xbox Series S/X yang dianggarkan telah terjual sekitar 19 juta unit sahaja setakat ini.

Jumlah jualan memang memberangsangkan tetapi PS5 masih di belakang jualan PlayStation 2 (155 juta), PlayStation 4 (117.2 juta), PlayStation (~103 juta), PlayStation 3 (87.4 juta) dan PlayStation Portable (~82 juta).



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.