Hi! Welcome Back and Stay Tune! WhatsApp Perkenal Sekuriti Tambahan Apabila Pengguna Beralih Peranti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

WhatsApp Perkenal Sekuriti Tambahan Apabila Pengguna Beralih Peranti


WhatsApp kini memperkenalkan beberapa ciri sekuriti tambahan apabila pengguna ingin beralih ke peranti lain – sekaligus memberikan lebih perlindungan kepada akaun masing-masing.

Melalui ciri baharu ini, apabila pengguna melakukan peralihan ke peranti baharu, pengguna akan perlu melakukan pengesahan pada peranti lama terlebih dahulu sebagai semakan sekuriti tambahan. Pengguna akan diberikan dengan notifikasi mengatakan terdapat percubaan memindahkan akaun ke peranti lain – dan akan diminta mengesahkan atau menidakkan proses berkenaan.

Ciri ini adalah tambahan kepada ciri sekuriti lain pada WhatsApp yang sedia terdapat pada hari ini, termasuk sokongan penyulitan menyeluruh untuk penghantaran mesej.

WhatsApp mengatakan mereka akan terus hadir dengan ciri-ciri baharu dalam terus menambah keselamatan dan sekuriti pada aplikasi dan perkhidmatan mereka.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.