Hi! Welcome Back and Stay Tune! 5G Malaysia : Entiti Kedua Dibawah Model Dwirangkaian Perlu Capai 80% Liputan 5G Menjelang 2026 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

5G Malaysia : Entiti Kedua Dibawah Model Dwirangkaian Perlu Capai 80% Liputan 5G Menjelang 2026


Kerajaan sedia mengumumkan perancangan pelaksanaan model dwirangkaian 5G di Malaysia, dimana rangkaian kedua yang diuruskan oleh sebuah entiti baharu akan diwujudkan pada awal tahun 2024 kelak. Entiti baharu ini akan diwujudkan selepas DNB mencapai kadar liputan 80% yang disasarkan pada penghujung 2023 ini.

Selari dengannya, beberapa perkara lanjutan telah dikongsikan. Kerajaan sedia menyatakan mereka tidak lagi akan mempunyai sebarang pegangan pada penyedia infrastruktur 5G ini, sebaliknya ia akan dipantau dan diselia dibawah SKMM.

Kini, berkongsi lanjut juga, Menteri Komunikasi dan Digital menyatakan rangkaian 5G yang diuruskan entiti kedua ini akan bermula dengan kadar liputan sifar pada awal 2024 kelak, dan diberikan tempoh sekitar dua tahun untuk mencapai kadar liputan 80% seperti entiti pertama.

Ia turut ditekankan yang mana mempunyai dua penyedia rangkaian ini tidak akan membawa kepada peningkatan kos, dan pihak SKMM sedia mempunyai kuasa dalam menyelianya.

Terbaru, rangkaian 5G dibawah DNB dikatakan telah mencapai kadar liputan hampir 60% pada penghujung April 2023 lepas.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.