Hi! Welcome Back and Stay Tune! Acara PayHack 2023 – Platform Hasil Idea Penyelesaian Baharu Dalam Ekosistem Pembayaran Digital - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Acara PayHack 2023 – Platform Hasil Idea Penyelesaian Baharu Dalam Ekosistem Pembayaran Digital


JomHack kini menganjurkan pertandingan PayHack 2023 24-Hour Hackathon dengan fokus membuka peluang serta membangunkan penyelesaian baharu yang inovatif dalam menambahbaik ekosistem pembayaran digital di Malaysia.

Ia terbuka kepada mana-mana individu/kumpulan yang mempunyai kepakaran dalam bidang tertentu menerusi anjuran bersama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), Microsoft, MDEC, My Startup dan Cradle. Misalnya seperti bidang Identiti Digital, Jenayah Kewangan, Analisis Data serta Keselamatan Maklumat & Jaminan Kualiti.

Pertandingan ini terbahagi kepada empat jenis cabaran dan setiap kumpulan (terdiri daripada 3-5 ahli, sekurang-kurangnya seorang pengekodan) perlu memilih salah satu daripadanya untuk diselesaikan. Sebagai pilihan mereka juga boleh memilih lebih daripada cabaran sekiranya berkaitan dengan projek yang dibuat.

Antara cabaran yang disediakan termasuklah keselamatan & penipuan, kecekapan, kemampana dan rangkuman kewangan. Setiap cabaran dipilih perlu diselesaikan secara berterusan dalam masa 24 jam dan hanya pasukan terpilih yang akan dijemput untuk menyertai acara fizikal yang bakal berlangsung pada 27 & 28 Mei 2023 di Kuala Lumpur.

Hadiah wang tunai bernilai sehingga RM20,000 ditawarkan bagi pemenang tempat pertama berserta piala dan sijil penyertaan. Ia kemudiannya diikuti dengan RM15,000 di tempat kedua, RM5,000 ditempat ketiga dan saguhati RM1,000 bagi tempat keempat hingga kesepuluh. Dalam masa sama, anugerah khas turut akan diraikan dalam pertandingan ini.

Pendaftaran telah dibuka sehingga 22 Mei 2023 bagi mana-mana individu/kumpulan yang berminat. Tiada yuran pendaftaran diperlukan, malahan penganjur turut menyediakan ruang tambahan yang sesuai bagi mereka yang memerlukan. Maklumat lanjut, sila layari PayHack 2023 24-Hour Hackathon.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.