Hi! Welcome Back and Stay Tune! Apple AppStore Mempunyai 1,783,232 Aplikasi Pada 2022 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Apple AppStore Mempunyai 1,783,232 Aplikasi Pada 2022


Apple kini telah menerbitkan laporan ketelusan App Store, atau turut dinamakan sebagai 2022 App Store Transparency Report (PDF). Melaluinya, Apple berkongsi sejumlah besar data berkenaan bagaimana kedai aplikasi mereka beroperasi pada peringkat global.

Mengikut data dikongsikan, Apple menyatakan pada 2022 yang lepas, Apple App Store mempunyai sebanyak 1,783,232 aplikasi untuk dimuat-turun dan diakses para pengguna. Disamping itu, Apple mempunyai sekitar 36 juta akaun pembangun berdaftar dibawah mereka.

Dari segi pengguna pula, ia dilihat sekitar 656,739,889 pengunjung mengakses App Store setiap minggu, dengan kadar muat-turun aplikasi mencapai 747,873,877 aplikasi secara purata setiap minggu.

Pelbagai angka ini dikongsikan Apple, termasuk dalam memperlihatkan permintaan kerajaan sesuatu negara berkenaan untuk membuang sesuatu aplikasi dari App Store. Buat masa ini, tiada sebarang permintaan dari kerajaan Malaysia untuk membuang aplikasi dari App Store.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.