Hi! Welcome Back and Stay Tune! ASUS ROG Ally Kini Rasmi – Dua Model Dengan Siri Cip AMD Ryzen Z1 Ditawarkan Pada Harga Bermula $599 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ASUS ROG Ally Kini Rasmi – Dua Model Dengan Siri Cip AMD Ryzen Z1 Ditawarkan Pada Harga Bermula $599


ASUS baru sahaja melancarkan komputer bersaiz konsol ASUS ROG Ally mereka secara rasmi, dan spesifikasi dan tanda harga konsol tersebut kini akhirnya rasmi, dan maklumat-maklumat yang dilancarkan adalah tepat.

ROG Ally hadir dengan dua model yang dikuasakan oleh pilihan cip pemprosesan AMD Ryzen Z1 dan juga AMD Ryzen Z1 Extreme, dimana perbezaan kedua-dua SoC ini dilihat pada jumlah teras dan bebenang kuasa yang ditawarkan. AMD Z1 hadir dengan enam teras dan 12 bebenang kuasa Zen 4, manakala AMD Ryzen Z1 Extreme menawarkan lapan teras dan 16 bebenang kuasa.

Dari segi grafik pula SoC Z1 tampil dengan empat teras RDNA 3, manakala Z1 Extreme memperkenalkan 12 teras RDNA 3 tersebut. Dari segi penawaran memori dan storan, kedua-dua model juga hadir dengan 16GB memori dan storan SSD PCIe 4.0 sebesar 512GB yang boleh dilanjutkan menggunakan storan MicroSD.

Dari segi paparan, ROG Ally hadir dengan paparan IPS bersaiz 7.0 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz yang boleh dimanfaatkan oleh beberapa permainan tertentu. Kebanyakan permainan yang boleh digerakkan pada konsol ini boleh digerakkan pada resolusi Full HD dan kadar segar semula 60FPS tanpa masalah.

Apa yang menarik mengenai konsol ini ialah ia dimuatkan dengan sistem operasi Microsoft Windows 11 yang membolehkannya untuk menyokong pelbagai jenis platform permainan digital, termasuklah Steam, GoG, Epic Games Store, Xbox Store dan sebagainya, dan pengguna boleh menggunakan perisian Armory Crate untuk mengakses permainan-permainan yang dipasang secara cepat dan mudah.

Lagi kelebihan pada konsol ini ialah rekaannya yang sangat ergonomik, dan meminjam rekaan pengawal Xbox yang disukai ramai. Bagi mereka yang gemar untuk mengubahsuai dan menaiktarafkan komponen terbina, ASUS ROG Ally juga hadir dengan akses mudah kepada komponen dalaman, yang mana pengguna boleh menukar komponen seperti storan dan juga pengawal analog jika diingini.

Selain daripada konsol mudah-alih, pengguna juga boleh menggunakan unit GPU luaran ROG XG-Mobile untuk menyambungkan ROG Ally ini kepada sebuah kad grafik yang berkuasa, dan menggunakannya sebagai sebuah komputer desktop kelas gaming yang cukup berkuasa sekali.

ASUS mengatakan bahawa untuk beberapa pasaran tertentu seperti Amerika Syarikat, konsol ROG Ally ini akan mula dijual pada 13 Jun pada harga $599 untuk model dengan SoC AMD Ryzen Z1, manakala model dengan AMD Ryzen Z1 Extreme, ia akan dijual pada harga $699.

Ia dijangka bahawa kedua-dua pilihan ini juga akan memasuki pasaran Malaysia kelak, tetapi kami diberitahu bahawa ia hanya akan mula dijual sekitar suku ketiga tahun ini (Julai, Ogos 2023), dimana tanda harganya juga akan ditetapkan kelak.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.