Hi! Welcome Back and Stay Tune! Google Ingin Menjadikan Carian Lebih Peribadi Melalui Integrasi AI Dan Klip Video Pendek - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Google Ingin Menjadikan Carian Lebih Peribadi Melalui Integrasi AI Dan Klip Video Pendek


Sejak permulaan tahun ini, perlumbaan dalam arena kecerdasan buatan menjadi keutamaan pelbagai pihak. Microsoft sendiri, telah mengintegrasikan sokongan kecerdasan buatan pada enjin carian Bing mereka, sekaligus menawarkan bentuk carian dalam kaedah perbualan dibawah Bing Chat.

Sejak diperkenalkan, Bing kini mempunyai lebih 100 juta pengguna aktif harian. Hal ini sekaligus membawa kepada tekanan dibawah pihak Google dalam membawa kepada evolusi seterusnya enjin carian mereka.

Chrome

Kini, menurut WSJ, Google sedang melihat kepada kaedah paparan baharu hasil carian, sekaligus mengubah bentuk paparan tradisional masa kini yang mengintegrasikan sekitar 10 pautan untuk diklik dan dibuka.

Melalui peralihan baharu, Google ingin memperlihatkan keputusan carian dengan mengintegrasikan perbualan bersama kecerdasan buatan. Disamping itu, Google juga dikatakan ingin menyertakan video-video pendek serta perkongsian di media sosial.

Ini mungkin memudahkan lagi paparan hasil yang lebih terkini, selain selari dengan permintaan pengguna kini yang inginkan maklumat ringkas dan pantas, serta dalam bentuk lebih visual. Langkah Google ini juga dijangka akan membawa kepada perubahan dalam bagaimana orang ramai mengakses maklumat di internet pada hari ini.

Buat masa ini, perkara ini masih dibincangkan secara dalaman di Google, dan tidak diketahui bilakah ia akan diperkenalkan secara rasminya kepada umum.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.