Ini Cara Mengembalikan Antaramuka Tweetdeck Lama
Antaramuka Tweetdeck diberikan nafas baharu beberapa hari yang lalu dan setiap kali antaramuka diubah, pasti ada pengguna yang merungut. Dalam kes Tweetdeck, perubahan yang dilakukan terlalu mendadak sehingga menghilang ciri yang digunakan secara bertahun lamanya. Bagi pengguna Tweetdeck yang terkejut dengan perubahan mendadak, jangan panik. Anda boleh mengembalikan semula antaramuka Tweetdeck lama dengan mudah
Pertama sekali pergi ke menu tiga titik di bahagian kiri Tweetdeck. Tekan dan pilih Settings and Privacy.
Pergi pula ke tetapan Tweetdeck version.
Pilih butang Yes, exit untuk kembali menggunakan antaramuka Tweetdeck klasik. Jika anda tidak ingin menggunakan Tweetdeck baharu selepas ini, tekan pilihan ketiga dan antaramuka baharu ini tidak lagi akan diberikan setiap kali anda log masuk menggunakan Tweetdeck selepas ini.
Antramuka Tweetdeck akan kembali secara automatik. Tidak dapat dinafikan antaramuka Tweetdeck baharu lebih kemas, moden dan besar. Ia juga menawarkan pelbagai ciri baharu untuk pelanggan Twitter Blue. Tetapi perubahan yang dilakukan terlalu drastik sehingga sukar mencari beberapa ciri asas yang sudah digunakan bertahun lamanya. Selamat menggunakan Tweetdeck klasik selagi Elon Musk membenarkan anda menggunakannya.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment