Hi! Welcome Back and Stay Tune! LinkedIn Melancarkan Pengesahan Identiti Dan Amaran Mesej Penipuan - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

LinkedIn Melancarkan Pengesahan Identiti Dan Amaran Mesej Penipuan


Sebagai media sosial untuk pengguna profesional, LinkedIn menjadi tempat yang popular untuk mengembangkan rangkaian kenalan dan mencari kerja. Tetapi di media sosial pengesahan identiti sebenar mungkin sukar kerana sesiapa sahaja boleh menyamar. LinkedIn kini memperkenalkan dua cir baharu yang akan menjadikan penggunaan laman lebih selamat.

Ciri pertama ialah pengesahan identiti pengguna. Dengan ini jika tawaran kerja diterima oleh pengguna, mereka dapat mengesahkan ia ditawarkan oleh syarikat sebenar atau kakitangan yang benar-benar bekerja di organisasi tersebut. Pengesahan dilakukan menerusi emel rasmi tempat kerja atau menggunakan Microsoft Entra. LinkedIn menguji ciri ini sejak bulan lalu cuma hanya kini diberikan kepada semua.

Ciri kedua ialah amaran mesej berbentuk penipuan atau scam. LinkedIn akan mengenalpasti mesej yang dihantar sekiranya ia berbaur seperti penipuan yang pernah dilaporkan sebelum ini. Mesej yang dirasakan berisiko tidak akan dipaparkan pada susur masa mesej. Jika mesej adalah selamat pengguna boleh menandakannya sebagai selamat.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.