Proton X90 Kini Rasmi Dengan Enjin Hibrid, Harga Bermula RM123,800
Hampir sebulan selepas sesi pratonton dilakukan bulan lalu, Proton X90 kini dilancarkan secara rasmi dalam empat versi. Pelancarannya dilakukan pada hari Proton menyambut ulang tahunnya yang ke-40. X90 adalah SUV paling besar dalam keluarga siri X setakat ini kerana mampu menempatkan sehingga tujuh orang penumpang.
Kenderaan dilengkapi enjin 1.5L TGDi dengan sistem motor elektrik. Ini menjadikan X90 kenderaan pertama komersial mereka dengan sistem elektrik selepas lebih sedekad melakukan ujian kenderaan EREV. Secara keseluruhan enjin mampu menghasilkan 190 kuasa kuda dengan tork maksimum 300Nm. Keempat-empat model Standard, Executive, Premium dan Flagship dilengkapi dengan enjin yang sama dengan perbezaan dilakukan pada penawaran kemasan dalaman, sistem ADAS, tingkap panorama pada bumbung, sistem kamera dan saiz tayar.
Model paling asas Standard dijual pada harga RM123,800 dengan tayar aloi 18″, sistem info hibur 12.3″, kerusi fabrik dan kapasiti tujuh penumpang. Model paling mercu pula ditawarkan pada harga RM152,800 dengan sistem ADAS sehingga L2, tayar aloi 19″, cermin bumbung panoramik, pengecas nirwayar, kamera 360 darjah, sistem swaparkir dan kerusi barisan kedua persendirian yang mengurangkan kapasiti kenderaan ke 6 penumpang sahaja.
Terdapat enam penawaran warna kesemuanya iaitu Snow White, Armour Silver, Jet Grey, Cinnamon Brown, Ruby Red dan Marine Blue. Warna Marine Blue walaubagaimanapun hanya diberikan pad model Premium dan Flagship.
Sebanyak empat model ditawarkan dibawah X90, dimana model paling mercu hadir pada harga RM152,800. Ia diikuti oleh model Premium pada harga RM144,800, model Executive pada harga RM130,800 dan model Standard pada harga RM123,800.
Proton turut menyertakan beberapa penawaran bersama pembelian, termasuk jaminan selama lima tahun tanpa had pemanduan, penawaran pakej data selama lima tahun dengan 1GB sebulan, akses percuma upah servis kenderaan, dan juga program insurans Program.
Malah, untuk 4000 tempahan pertama, proton turut menawarkan jam tangan pintar Proton X bernilai RM1499 secara percuma.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment