Hi! Welcome Back and Stay Tune! Topi Keledar Virgo Direka Khusus Untuk Penunggang Basikal Dan Skuter Elektrik - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Topi Keledar Virgo Direka Khusus Untuk Penunggang Basikal Dan Skuter Elektrik


Di Kuala Lumpur penggunaan basikal dan skuter elektrik sudah menjadi kebiasaan. Antara isu yang dibangkitkan ialah mengenai keselamatan kerana ia boleh bergerak dengan pantas tetapi penunggang tidak memakai sebarang topi keledar. Virgo ialah topi keledar yang direka khusus bukan sahaja untuk skuter elektrik tetapi basikal elektrik berprestasi tinggi.

Ia mempunyai gelung pada bahagian dagu untuk memberikan perlindungan kepada rahang pemakai. Terdapat lubang di bahagian telinga supaya penunggang masih boleh mendengar bunyi sekeliling dengan selamat.

Terdapat visor yang boleh dipasang untuk memberikan perlindungan kepada mata dan juga lampu brek di bahagian belakang yang disambung menggunakan magnet. Menurut pereka, Virgo sesuai dipakai penunggang kenderaan elektrik yang boleh bergerak sehingga 45 km/j. Pada waktu ini Virgo sedang mengumpul dana menerusi laman biayasama dengan tempahan boleh dilakukan pada harga $99 (~RM450) sepasang.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.