WhatsApp Perkenal Chat Lock – Letak kata Laluan Pada Perbualan, Elak Dibaca Orang Lain
WhatsApp hari ini memperkenalkan sebuah ciri baharu secara meluas, dinamakan sebagai Chat Lock. Melaluinya, pengguna boleh meletakkan kata laluan pada sesuatu perbualan, sekaligus mengelak perbualan berkenaan diakses atau dilihat oleh orang lain.
Dengan langkah ini, sesuatu perbualan peribadi anda tersebut diletakkan dibelakang satu lagi lapisan sekuriti dan hanya anda boleh mengaksesnya melalui kata laluan atau imbasan biometrik seperti cap jari. Selain mengakses perbualan berkenaan, sebarang kandungan yang diterima daripada perbualan berkenaan juga akan disembunyikan pada bahagian notifikasi.
Untuk mengaktifkan ciri Chat Lock ini, anda hanya perlu tap pada sebarang perbualan – individu atau berkumpulan, dan seterusnya memilih “Kunci Skrin” atau “Chat Lock”, dan mengaktifkan ciri “Kunci sembang ini”. Ia seterusnya akan menyertakan perbualan berkenaan didalam sebuah folder khas pada halaman utama dibawah “Locked Chats”.
✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz
🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻♀️ Enjoy Surfing!
Post a Comment