Hi! Welcome Back and Stay Tune! YouTube Menguji Iklan Yang Dimainkan Apabila Video Dijeda - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

YouTube Menguji Iklan Yang Dimainkan Apabila Video Dijeda


Ramai yang mengamuk apabila kami laporkan YouTube mula menghalang video dimainkan jika mengesan penonton menggunakan penghalang iklan. Kemudian kemarahan menjadi semakin mendidih selepas harga langganan YouTube Premium Family dinaikkan di Malaysia bulan Jun ini. Di acara YouTube Brandcast hari ini mereka mengumumkan dua lagi format iklan baharu.

Pertama sekali ialah iklan dipaparkan apabila video yang distrim dijeda. Dengan ini pengiklan masih boleh menjual produk mereka walaupun video tidak dimainkan. Ciri ini masih sedang dalam peringkat ujian.

Seterusnya ialah pengenalan iklan 30 saat yang tidak boleh dilangkau oleh penonton. Kedua-dua format ini hanya akan dipaparkan pada video saluran TV yang ditonton pengguna di Amerika Syarikat sahaja pada waktu ini. Di Amerika Syarikat, YouTube digunakan oleh 150 juta penonton TV secara bulanan.

YouTube juga mengumumkan kecerdasan buatan (AI) telahpun digunakan oleh pelanggan untuk memasukkan audio yang bersesuaian ke dalam iklan mereka. Sony Electronics adalah antara pelanggan yang sudahpun menggunakan ciri ini.



✍ Credit given to the original owner of this post : ☕ Amanz

🌐 Hit This Link To Find Out More On Their Articles...🏄🏻‍♀️ Enjoy Surfing!



No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.