Hi! Welcome Back and Stay Tune! Makanan Kegemaran Masyarakat Melanau Kawasan Mukah - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Makanan Kegemaran Masyarakat Melanau Kawasan Mukah




Makananan Umai daripada ikan memang sedap tak jemu kalau makan dan kalau datang bertandang ke Sarawak jangan lupa mencuba.. Diperbuat dari ikan segar dan hanya diperam dengan air limau kasturi. Dicampur dengan bahan tumbuk seperti bawang merah, bawang putih, halia dan cili pedas. Bawang besar di hiris bulat untuk menambahkan serinya. Kalau nak sedap berlemak boleh juga di campur dengan kacang tumbuk, tambah dengan sedikit garam dan serbuk perasa. Jangan tunggu lama nanti abis kena kebas kawan-kawan sebelah. Kalau nak rasa umai yang betul-betul sedap datanglah ke bandar Mukah.

 
Sesar unjur sarawak walaupun makanan bermusim namun tetap menjadi makanan kegemaran masyarakat tempatan. Bila tiba musim menangkat udang laut atau Payak dalam bahasa tempatan, aktiviti membuatnya adalah dengan menjemur di atas bara api hingga kering dan tak perlu dicampur apa perasa sebab rasa dan aromanya asli memang sudah menyelerakan. Cara membuatnya adalah dengan membuang kulit sahaja dan disusur menegak baru di jemur di atas bara api sehingga kering. Cium bau asap udang bagi yang sudah gian makan memang tak tahan nak coba rasa udang unjur salai segar yang manis ...

(bersambung...Makanan Kegemaran Masyarakat Melanau Kawasan Mukah




No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.