Hi! Welcome Back and Stay Tune! ADUN PKR nafi ugut ahli parti - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

ADUN PKR nafi ugut ahli parti

xavier-PKR

PETALING JAYA : ADUN Andalas, Dr Xavier Jayakumar nafi terlibat cubaan mengugut seorang ahli PKR dan isteri berhubung isu bantuan banjir.

Menangkis tuduhan itu, pemimpin PKR itu juga menafikan sebarang hubungan dengan individu yang didakwa mengugut pasangan itu.

“Berdasarkan kepada laporan polis, tuduhan dia (ahli PKR dan isteri) semuanya ke atas saya, tetapi saya langsung tidak ada hubungan dengan orang itu (individu yang didakwa mengugut).

“Masalahnya seolah-olah saya yang suruh orang buat (mengugut). Saya tak boleh terima (tuduhan itu),” katanya kepada FMT hari ini.

Sebelum ini, FMT melaporkan seorang ahli PKR dan pasangannya mendakwa diugut oleh orang bawahan seorang pemimpin PKR.

Xavier dinamakan sebagai pemimpin itu.

Isteri kepada ahli PKR itu, M Kokilavaani menceritakan suaminya, P Nyanauthayam diugut selepas membuat laporan polis berhubung isu mangsa banjir di Seri Andalas yang tidak mendapat bantuan ehsan banjir.

Menyifatkan tuduhan itu cubaan untuk menjatuhkan maruahnya, Xavier berkata satu laporan polis akan dibuat di Balai Polis Sentosa, Klang esok.



Mukah Pages bring you trending news media with Free Malaysia Today http://ift.tt/1SXFGKD

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.