Bapa pelumba Moto3 Khairul Idham Pawi bangga anak tunaikan janji
KAMPUNG GAJAH: Keluarga penunggang Malaysia, Khairul Idham Pawi menganggap kejayaannya melakar sejarah buat Malaysia apabila memenangi kejuaraan Moto3 di saingan GP Argentina pada Isnin umpama membayar segala penat lelah dan kesungguhannya selama ini.
Apatah lagi minat pelumba berusia 17 tahun itu terhadap sukan permotoran berputik sejak kecil.
Bapanya Pawi Omar memberitahu, Khairul juga berjaya mengotakan janji untuk mengharumkan nama keluarganya.
Kata Pawi, sejak berusia 14 tahun, anak ketiga daripada empat beradik itu berlatih di Litar Datuk Sagor, Kampung Gajah dengan latihan berjalan sekurang-kurangnya dua jam sehari dan tujuh hari seminggu.
“Dalam kegembiraan yang kita raikan bersama saya sebagai seorang ayah terharu dan sedih kerana pada usia dia yang terlalu muda mengembara ke serata dunia dalam keadaan bersendirian tanpa diiringi teman-teman atau pun ahli keluarga.
“Sebagai seorang ayah saya lebih risau dia dalam perjalanan daripada semasa dia berlumba jadi saya rasa memang terlalu sedih,“ kata Pawi di pekan Kampung Gajah pada Isnin.
Sementara itu, adik bongsu Khairul, Anwar Ibrahim Pawi, 16, yang turut aktif dalam sukan sama pula memberitahu kejayaan abangnya akan dijadikan pembakar semangat dalam mencapai impian menjadi pelumba profesional.
“Saya selalu berlatih dengan abang saya di litar Dato Sagor dia selalui bagi saya tip menunggang macam mana masuk corner, breaking semualah dengan kemenangan di trek Argentina saya ingin jadi macam dia,” kata Anwar.
Mukah Pages bukan sekadar media sosial tapi memapar pautan berita eklusif bersama Sukan - Astro Awani http://ift.tt/25GIwud
Post a Comment