Hi! Welcome Back and Stay Tune! Lebih 20,000 guru dihantar program BTN untuk ‘bina bangsa’ - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Lebih 20,000 guru dihantar program BTN untuk ‘bina bangsa’

Datuk Seri Mahdzir Khalid menjelaskan guru akan dihantar ke program Biro Tatanegara (BTN) bermula bulan hadapan. — Foto oleh Saw Siow FengPUTRAJAYA, 9 Jun — Seramai 20,293 guru sekolah rendah dan menengah dari seluruh negara yang berkhidmat pada tahun keempat dan kelima bakal menjalani program Biro Tatanegara (BTN) bermula bulan hadapan.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata golongan guru itu merupakan kumpulan pertama yang akan menjalani program Guru Pembina Negara Bangsa bagi mewujudkan kesedaran serta meningkatkan jati diri dan perpaduan dalam kalangan warga pendidik. 

Beliau berkata kerjasama sepadu BTN dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan mengguna pakai modul latihan keseluruhan selama tiga hari dua malam dengan menerapkan elemen pendidikan kenegaraan termasuk Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan dasar negara.

"Guru berperanan sebagai ejen perubahan mendidik anak bangsa, selain menghakis persepsi negatif tanpa mengira fahaman politik dan perbezaan kaum bagi membina semangat patriotik terhadap negara," katanya.

Mahdzir berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani nota kerjasama bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said di kementerian beliau di sini semalam.

Nota Kerjasama program dan modul latihan ditandatangani oleh Ketua Pengarah Pelajaran Tan Sri Dr Khair Mohamad Yusof bagi pihak KPM manakala BTN diwakili oleh Ketua Pengarahnya Datuk Ibrahim Saad. 

Menurut Mahdzir, program latihan kepada guru dengan bantuan BTN adalah langkah tepat dalam usaha membina negara bangsa yang mempunyai jati diri beridentitikan Malaysia serta mewujudkan insan yang seimbang. 

"Saya telah pun menerangkan mengenai program ini kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan beliau (Najib) ingin lihat rangka modul yang digunakan dalam program ini sebelum ia digunapakai," katanya. 

Sementara itu, Azalina berharap usaha tersebut tidak terhenti pada 2020 sahaja tetapi harus menjangkau jauh ke hadapan untuk terus mampu mendepani cabaran dunia yang semakin pantas.

"Ia adalah sangat penting BTN tidak dilihat atau disamakan sebagai sebuah pertubuhan perkauman tetapi sebaliknya organisasi yang lebih bersifat Malaysia. 

"Program Guru Pembina Negara Bangsa adalah proses penjenamaan semula agar kekal relevan dalam membentuk negara bangsa yang cemerlang," katanya. — Bernama



from Malay Mail Online | All http://ift.tt/1Up8vgY

via Mukah Pages

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.