Hi! Welcome Back and Stay Tune! Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online | Anda bangsa Johor dan mahu memiliki rumah mampu milik? Pada entri kali ini, admin mahu kongsikan beberapa panduan penting berkenaan cara membuat permohonan dan pendaftaran Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ) secara online.

Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Mampu Milik ini dapat membantu mereka yang susah untuk membeli rumah dalam keadaan ekonomi yang kurang stabil selain daripada harga rumah yang semakin lama semakin mahal.

Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online

Berita baik bagi Rakyat Johor, anda boleh mendapatkan rumah mampu milik Negeri Johor dengan membuat permohonan dan pendaftaran secara online menerusi laman web yang dikongsikan di bawah ini.

Jenis Rumah Dan Syarat Kelayakan Gaji

Di bawah ini, admin kongsikan senarai jenis rumah dan kedai yang ditawarkan :

1. Rumah Komuniti Jenis A

Harga Rumah : RM 42000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 3000.00

2. Rumah Komuniti Jenis B

Harga Rumah : RM 80000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 5000.00

3. Rumah Mampu Milik Johor Dan Kedai Kos Sederhana Rendah

Harga Rumah : RM 150000.00 – RM 220000.00 Had Maksimum Pendapatan : RM 8000.00

Syarat Kelayakan Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor

Di bawah ini, admin kongsikan syarat-syarat permohonan RMMJ. Sila baca sebelum memohon.

  • Warganegara Malaysia, menetap selama 5 TAHUN di Negeri Johor dan berumur 18 tahun keatas dengan pendapatan kasar bulanan tidak lebih daripada RM 8000 pendapatan kasar bulanan.
  • Berkahwin atau bujang layak memohon.
  • Hanya satu permohonan bagi pasangan suamiisteri. Manakala permohonan isteri kedua dan seterusnya perlu menggunakan nama isteri sebagai pemohon.
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR selama 5 tahun ke atas layak memohon rumah kedua iaitu PKJ B
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki RKR/RKSR/PKJ A/PKJ B boleh memohon RMMJ.
  • Pemohon/pasangan yang telah memiliki rumah kos sederhana/mewah TIDAK LAYAK memohon
  • Semua DOKUMEN SOKONGAN berserta SURAT AKUAN SUMPAH hendaklah di HANTAR SENDIRI ke kaunter SUK Bahagian Perumahan dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh pendaftaran. Sekiranya melebihi tempoh tersebut, permohonan akan LUPUT/BATAL.
  • Semua DOKUMEN SOKONGAN & SURAT AKUAN SUMPAH yang dikirim melalui POS TIDAK AKAN DITERIMA.
  • Pemohon hendaklah membawa kad pengenalan ASAL semasa membuat pembayaran.

Cara Buat Permohonan & Pendaftaran

Langkah 1

Individu atau pemohon hendaklah mendaftar akaun baru sekiranya masih belum mempunyai akaun. Sila daftar di APLIKASI PENDAFTARAN

Langkah 2

Login ke akaun SUKJ, kemaskini akaun dan maklumat peribadi yang betul dan tepat.

Langkah 3

Pilih Mukim dan ketegori rumah dan hantar permohonan

Langkah 4

Hanya pemohon yang layak sahaja akan diberi pemberitahuan dan membawa dokumen bagi tujuan penawaran rumah mengikut pembangunan projek.

Rumah Mampu Milik Johor Tidak Boleh Jual Dalam Tempoh 5 Tahun

Kerajaan negeri Johor bakal menetapkan syarat baru kepada pembeli rumah mampu milik di negeri itu bagi menghalang mereka daripada menjual kediaman masing-masing dalam tempoh lima tahun.

Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyatakan syarat itu akan dilaksanakan untuk menghalang pembeli rumah mampu milik daripada sewenang-wenangnya mengaut keuntungan dengan mudah dengan menjual rumah mereka kepada orang lain dengan harga yang tinggi.

“Rumah mampu milik yang dibina oleh kerajaan negeri telah memperuntukkan subsidi yang sangat tinggi jumlahnya jika mahu dibandingkan dengan kos sebenar yang perlu ditanggung oleh pembeli.

“Kita tidak mahu warga asing pula yang memiliki rumah terbabit dengan meletakkan harga yang tinggi supaya dapat mengaburi mata pembeli warga tempatan dan disebabkan hal itu, syarat baru itu dikenakan kepada pembeli.

Cara Hubungi

Bahagian : Bahagian Perumahan.
Alamat: Bahagian Perumahan, Aras 1, Bangunan Dato’ Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79503 Nusajaya, Johor
Email: erumah@johor.gov.my
Telefon: 07-2666260 / 07-2666261

Waktu Bekerja

Ahad – Rabu – 8.00am to 5.00pm
Khamis – 8.00am to 3.30pm
Jumaat- Sabtu – Tutup

The post Permohonan Rumah Mampu Milik Negeri Johor Online appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.






Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.