Tonton Dan Download Baju Berkancing Peniti
Tonton Dan Download Baju Berkancing Peniti | Telefilem terbaru berjudul Cik Cinderella dan Encik Tengku Raya dibarisi oleh para pelakon terkenal antaranya Datuk Rahim Razali, Normah Damanhuri, Lisdawati, Fauzi Nawawi, Nabila Huda, Hafeez Mikail, Aisya Hasna, Amirul Faqeem DFKL, Nur Risteena dan ramai lagi. Telefilem ini diarahkan oleh pengarah terkenal masakini iaitu Raja Ahmad Alauddin dan diterbitkan oleh Country & Universal Sdn Bhd.
Baju Berkancing Peniti mengisahkan tentang pasangan suami isteri iaitu Usup dan Cik Om yang tak dapat dipisahkan walaupun sudah mencecah usia 65 tahun. Bagi Usup, Cik Om tetap kelihatan cantik meskipun sudah berusia dan kuat berleter. Cik Om pula pasti akan merindui Usup semasa mereka berjauhan.
Setiap kali Usup demam atau pening kepala, Cik Om akan berasa amat susah hati dan memberitahu Usup supaya ‘jangan mati dahulu’ kerana dia takut untuk membayangkan macam mana mahu meneruskan hidup apabila ketiadaan suaminya itu.
Sama juga seperti Usup. Segala urusan hidupnya dari segi makan, minum dan pakaian memang sudah biasa diuruskan oleh Cik Om. Tambah romantik, dia hanya akan memakai baju-baju yang dijahit oleh isteri tercintanya itu.
Kehidupan Usup mulai berubah apabila Cik Om meninggal dunia semasa sedang menjahit pakaian untuknya. Baju kemeja yang telah siap dijahit tanpa butang itu menjadi kenangan terakhir untuk Usup terhadap isteri tercintanya itu.
Selepas kematian isterinya Cik Om, Usup tinggal bersendirian di rumah pusaka itu kerana banyak kenangan bersama isterinya di situ. Usup terasa susah hati untuk berjauhan dengan kubur isterinya meskipun anak-anaknya menyuarakan pendapat supaya Usup menjual sahaja rumahnya itu.
Akhirnya, Usup berpindah ke Kuala Lumpur di atas pujukan anak-anaknya yang bimbang mengenai keadaannya yang tinggal berseorangan di rumah. Setelah duduk bersama dengan anak-anaknya, satu kejadian telah berlaku di rumah anak perempuannya iaitu Arba’yah. Usop merasakan dirinya hanya menyusahkan anak-anak dan menantunya.
Dengan perasaan rindu akan Cik Om, Usup bertindak keluar dari rumah anaknya tanpa memberitahu mereka dengan memakai baju terakhir yang dijahit oleh isterinya dan mengancingkan bajunya itu dengan jarum peniti.
Jangan lupa untuk saksikan Baju Berkancing Peniti yang akan ke udara pada jam 9 malam pada hari Sabtu ini yang bertarikh 30 Julai 2016 hanya di TV3.
Ingin tahu apa yang akan terjadi seterusnya? Apa kata korang Tonton Dan Download Baju Berkancing Peniti yang dikongsikan oleh Media Sensasi menerusi pautan online di bawah ini khususnya kepada pra peminat drama Melayu.
Tonton Dan Download Baju Berkancing Peniti
The post Tonton Dan Download Baju Berkancing Peniti appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment