Kesan Buruk Jika Tak Berpantang Selepas Bersalin
Kesan Buruk Jika Tak Berpantang selepas Bersalin | Tidak dapat dinafikan, ramai wanita mahu mengelak daripada berpantang selepas melahirkan anak. Antara alasan yang paling popular bagi kaum ibu berikan adalah malas dan leceh. Tidak cukup dengan itu, ada juga segelintir wanita yang tak tahu bagaimana cara untuk berpantang.
Sesetengah kaum wanita yang berfikiran terlalu moden menganggap amalan berpantang ini sebagai ketinggalan zaman dan membuang masa. Namun, mereka tidak sedar, ia sebenarnya memberikan banyak kesan buruk sekiranya tidak berpantang selepas melahirkan anak.
Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah beberapa Kesan Buruk Jika Tidak Berpantang Lepas Bersalin yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
Kesan Buruk Jika Tak Berpantang Selepas Bersalin
- Rahim Jatuh
Rahim adalah satu keadaan di mana rahim seseorang wanita akan jatuh ke bawah dan berkemungkinan terkeluar dari saluran faraj. Ia berpunca daripada otot atau ligamen yang sepatutnya memegang rahim pada kedudukan asal menjadi lemah selepas bersalin. Pada peringkat awal, rahim hanya akan jatuh sedikit dari kedudukan asal tetapi wujud beberapa kes di mana rahim terkeluar dari tempat asal melalui saluran faraj.
- Gangguan Kencing
Ada segelintir wanita yang akan mengalami masalah rahim kendur berdepan dengan masalah ketika membuang air kecil. Antara beberapa simptom masalah gangguan kencing adalah kerap membuang air kecil, sakit ketika membuang air dan tidak dapat mengawal pembuangan air kecil.
- Gangguan Hubungan Intim Suami Isteri
Seseorang wanita tak berpantang selepas melahirkan anak akan mengakibatkan otot faraj menjadi lemah dan longgar. Ia semestinya menganggu hubungan seks sesama suami isteri. Malah, ia juga turut menjadi punca ramai suami dan isteri mengadu kurang berasa berasa nikmat seks semasa melakukan hubungan intim.
- Sakit Pinggang Dan Rasa Tidak Selesa Di Kawasan Intim Wanita
Wanita akan merasakan seperti ada sesuatu yang keluar daripada faraj. Tidak cukup dengan itu, ada juga yang berasa sakit di kawasan pinggang berpunca daripada rahim yang jatuh dan menarik otot dan urat di bahagian pinggang.
- Gangguan Kesihatan
Selain itu kawasan intim seseorang wanita mudah dijangkiti dengan bakteria dan mengalami masalah keputihan dan pengeluaran lendir yang banyak kerana tidak mengamalkan amalan berpantang dengan betul.
Penulis berharap dengan perkongsian ini dapat memberi panduan kepada semua wanita di luar sana. Tolong jangan ambil mudah amalan berpantang selepas melahirkan ini kerana ia mengundang bermacam-macam masalah kepada anda di kemudian hari.
The post Kesan Buruk Jika Tak Berpantang Selepas Bersalin appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment