8 Kesan Buruk Akibat Stress
8 Kesan Buruk Akibat Stress | Stress atau tekanan bukan sahaja boleh memberi kesan negatif kepada emosi seseorang, malah ia turut memberi kesan buruk kepada tubuh badan. Selain daripada mood terganggu, kesihatan juga boleh terjejas kerana tekanan perasaan yang melampaui batas seorang manusia.
Tidak kira apa punca stress sekali pun, ia tetap akan mempengaruhi fizikal dan emosi anda seterusnya memberikan beberapa kesan buruk kepada tubuh badan anda.
Tanpa perlu membuang masa, apa kata kita terjah beberapa Kesan Negatif Akibat Stress yang dikongsikan oleh Media Sensasi di bawah ini khas buat tatapan para pengunjung setia blog ini.
8 Kesan Buruk Akibat Stress
- Sering Berasa Letih
Bila seseorang tertekan, dia akan berfikir dengan lebih banyak. Berfikir akan membuatkan badan memerlukan tenaga yang lebih banyak sehingga membuatkan badan mudah menjadi letih dan tidak bermaya. Kadang kala stress juga akan membuatkan seseorang hilang selera makan dan susah untuk tidur. Apabila ini berlaku, kesihatan seseorang pastinya akan terganggu secara tidak langsung pasti kesihatan akan turut terjejas.
- Peluh Yang Berlebihan
Stress akan membuatkan seseorang berpeluh dengan lebih banyak. Ia berpunca dari kadar degupan jantung yang lebih cepat jika mahu dibandingkan dengan kebiasaan. Peluh yang keluar secara berlebihan akan mengakibatkan berlakunya dehidrasi. Tidak cukup dengan itu, anda akan berasa kebas pada bahagian kaki dan tangan.
- Rasa Sengal-Sengal Badan
Seseorang yang mengalami tekanan mudah berasa sakit-sakit badan terutamanya pada bahagian bahu. Stress juga akan membuatkan otot-otot badan mudah mengalami kekejangan.
- Perubahan Pada Tekstur Kulit
Dek kerana keluarnya peluh yang berlebihan, kurang selera makan dan waktu tidur yang kurang mencukupi, seseorang yang mengalami tekanan juga akan mendapati kulit wajahnya berubah menjadi kusam. Apabila seseorang mengalami stress, badannya akan mengeluarkan lebih banyak hormon adrenalin yang akan membuatkan kedutan dan tumbuhnya jerawat. Stress juga akan membuatkan penghasilan kolagen dalam tubuh menjadi perlahan dan masalah kulit akan susah untuk diatasi.
- Keguguran Rambut
Seseorang yang mengalami tekanan turut membuatkan rambut menjadi kering, bercabang dan mudah rosak. Rambut yang rosak akan mudah mengalami keguguran kerana keguguran rambut yang lebih banyak jika mahu dibandingkan daripada kebiasaan.
Jika anda amati apa yang penulis kongsikan di atas ini, ternyata stress membawa lebih banyak keburukan jika mahu dibandingkan dengan kebaikan. Oleh itu, apa kata anda cuba elakkan dari berasa terlalu tertekan.
The post 8 Kesan Buruk Akibat Stress appeared first on Media Sensasi - Isu Semasa, Informasi Terkini Dan Pelik-Pelik.
Mukah Pages membawa cerita sensasi Gidei-Giyen-Ginan!
Post a Comment