Sokongan Skype Untuk Windows Phone Akan Ditamatkan Pada Oktober 2016
Skype telah pun dalam proses beralih kepada kemaskini baru dan mengintegrasikan pelbagai ciri-ciri baru melalui Skype Preview untuk Windows 10. Dengan peralihan kepada Windows 10, kini halaman sokongan Skype telah dikemaskini, dan memperlihatkan mereka akan menamatkan sokongan untuk Windows Phone selepas Oktober 2016 kelak.
Selepas tarikh berkenaan, Skype untuk Windows Phone akan dapat terus digunakan, tetapi hanya sehingga awal 2017 sahaja. Skype menyasarkan peralihan penuh ke awan sekitar tempoh tersebut, dan selepas peralihan berkenaan, Skype untuk Windows Phone tidak lagi akan beroperasi pada Windows Phone 8 dan Windows Phone 8.1.
Pengguna akan diperlukan mengemaskini peranti mereka kepada Windows 10 untuk terus dapat menggunakan fungsi Skype selepas awal 2017 kelak.
Selain Windows Phone, sokongan untuk Android 4.02 dan sebelumnya akan ditamatkan pada tempoh yang sama, bersama-sama sokongan untuk iOS 7 dan sebelumnya.
Pengguna diminta terus menggunakan versi sistem operasi baru pada peranti mudah-alih mereka untuk dapat menikmati ciri-ciri baru, termasuk seperti Skype Translator, sokongan bot dan sebagainya. Pengguna Windows Phone, seperti biasa, boleh mengemaskini dan menaik-taraf sistem operasi pada peranti mereka kepada Windows 10 dan terus menggunakan Skype seperti biasa.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2aRKdxh
Post a Comment