AirSelfie – Dron Untuk Merakamkan Gambar Anda Yang Boleh Diletakkan Pada Kerangka Belakang Telefon
Terdapat pelbagai dron bersaiz kecil dan mini yang memudahkan rakaman gambar – terutamanya rakaman gambar selfie. Terkini, salah satu dron bersaiz mini dengan konsep lebih kurang sama adalah AirSelfie.
Membezakan AirSelfie adalah kemudahan untuk membawanya, dimana bila tidak digunakan, pengguna boleh meletakkan ia dibelakang telefon pintar melalui sebuah kerangka khusus.
Kerangka khusus ini juga turut berfungsi sebagai pengecas untuk dron berkenaan. Dengan penambahan dron bersaiz mini ini dibelakang telefon, ia secara tidak langsung menjadikan poket anda mungkin sedikit tebal – tetapi mungkin memudahkan sekiranya anda ingin merakamkan gambar selfie.
AirSelfie ini hadir dengan kamera 5-megapixel terbina, dan turut menyokong penstriman media melalui WiFi. Kerangka khusus untuknya boleh digunakan bersama Samsung Galaxy S7 Edge, iPhone 6 dan juga iPhone 7.
Buat masa ini, pembangunnya sedang mengumpulkan dana untuk AirSelfie daripada laman KickStarter.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2gDXaBx
Post a Comment