Beli lebih 1 hartanah dan travel luar negara setiap tahun – Cara lelaki ini serius sempoi gila!
Ada berlambak tip pelaburan hartanah kat luar sana. Pak Google ada je untuk korang guna.
Tapi yang seronok untuk kita baca dan belajar adalah berdasarkan pengalaman orang lain jugak. Setuju?
Tak ramai yang suka kongsi pengalaman sendiri. Sebab takut orang lain kacau periuk nasi. Ada juga yang takut terlepas cakap rahsia pelaburan yang diamal selama ni.
Tapi bukan untuk brader yang hensem ini. Tuan Muhd Farid tak lokek kongsikan ilmu taraf berlian untuk korang semua.
Rugi la kalau korang tak baca.
Nak merasa travel ke luar negara tahun depan?
Makin bertambah ramai anak muda yang beli rumah sekarang.
Ada yg terus sign SNP untuk beli 2 bijik rumah. Ada yg sign untuk 1 buah rumah dulu, lepas tu 1 rumah menyusul lagi.
Mereka tahan dulu nafsu untuk travel semata-mata nak memiliki hartanah.
Bila hartanah ini naik harga, mereka boleh refinance atau jual semula. Dan hasil tu boleh la digunakan sedikit untuk REWARD DIRI.
Mungkin sebelum ni plan nak travel dalam Malaysia je. Tapi memandangkan ada bajet lebih, boleh travel ke luar negara utk lihat dan belajar tentang dunia luar.
Pastu balik boleh la eksyen speaking cakap omputih walaupun berterabur. Walhal travel ke Singapore je. Haha.
Ni, aku nak berkongsi sikit macam mana nak memiliki hartanah dan dapat travel sekali.
Strategi simpel bantu brader ini travel berkali-kali setiap tahun (dan tambah koleksi rumah buat duit)
Katakan. Modal dalam tangan ada RM15,000.
Korang boleh pilih pergi travel dengan tunai RM15,000 tu ke negara Eropah esok jugak.
Atau…
1. Korang guna duit tu untuk beli hartanah 10% below market value,
2. Apply loan 100%,
3. Buat pengeluaran KWSP Akaun 2,
4. Guna cash pengeluaran dari KWSP Akaun 2 tadi untuk beli hartanah ke-2 pulak,
5. Guna cashback dari hartanah pertama tadi untuk travel.
Dalam kes ni, korang akan ada 2 buah hartanah dan siap boleh travel lagi.
Aku sendiri setiap tahun memang akan travel dalam dan luar negara untuk lihat dan belajar tentang dunia luar.
Semua orang (termasuk anda) boleh ikut dan buat strategi ini
Dengan syarat, aku kena beli hartanah dulu, baru boleh travel.
Memang aku akan setkan bulan 1 hingga 10 adalah proses bekerja dan membeli hartanah.
Bulan 11 dan 12 pulak adalah proses menuntut ilmu dan travel, sebab hujung tahun pun banker banyak dah slow. Mereka pun nak travel jugak. Haha.
Nota “saja buat korang panas”: Aku ada unit beli tahun 2013 di Selangor, sekarag naik harga sekitar RM140,000.
Korang rasa boleh travel ke mana dengan RM140,000 tu? Boleh tambah koleksi lagi beberapa buah hartanah termasuk travel rasanya.
—
Buat korang yang tengah pasang niat nak travel tu, Tok mintak korang fikir balik masak-masak.
Duit tu, baik lagi korang simpan dan laburkan dekat tempat yang betul dulu. Dah berbuah nanti, baru la petik hasilnya.
Masa tu, korang akan appreciate (hargai) setiap saat semasa korang travel nanti. Dan tingkatkan keuntungan pelaburan korang pada masa yang sama.
The post Beli lebih 1 hartanah dan travel luar negara setiap tahun – Cara lelaki ini serius sempoi gila! appeared first on GilaHartanah.com.
Sumber : GilaHartanah.com http://ift.tt/2fIfWmz
Post a Comment