Hi! Welcome Back and Stay Tune! Kasari penguat kuasa, peguam negara rayu hukuman lebih berat - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Kasari penguat kuasa, peguam negara rayu hukuman lebih berat

cina-kasari-penguat-kuasa-mbsa

Foto oleh Sinar Harian

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan bagi membolehkan pasangan suami isteri yang mengganggu dan menakut-nakutkan penguat kuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dikenakan hukuman lebih berat.

Dalam kenyataan media hari ini Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali berkata hukuman penjara 14 hari dan denda RM3,000 yang diputuskan Mahkamah Majistret Shah Alam pada Jumaat lalu adalah terlampau ringan berbanding kesalahan dilakukan mereka.

“Walaupun kedua-dua tertuduh mengaku bersalah, hukuman yang setimpal hendaklah dikenakan demi memberi pengajaran kepada mereka di samping menjadi teladan kepada yang lain agar tidak melakukan perbuatan ini,” katanya.

Pada 25 November lalu Lor Ka Hoo dan isterinya, Tan Sit Fun, dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan selepas mereka ditahan ekoran klip video yang tersebar melibatkan mereka dengan seorang penguat kuasa MBSA.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Lor dan Tan dituduh menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan seorang pegawai MBSA daripada menjalankan kewajipannya.

Selepas mengaku salah, pasangan terbabit masing-masing dihukum penjara 14 hari dan denda RM3,000 atau penjara tujuh hari jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Majistret bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sehingga rayuan mereka didengar di mahkamah.

Melalui klip video yang menjadi viral itu, seorang wanita dilihat mencekak belakang baju seorang penguat kuasa wanita dan enggan melepaskannya, manakala seorang lelaki merakam gambarnya dari jarak dekat.

Pegawai MBSA itu – dikenali sebagai Nurul Ain Isa – juga dihalang daripada meninggalkan tempat itu kerana laluannya dihalang lelaki terbabit.

Seorang lagi penguat kuasa wanita cuba membebaskan Nurul Ain tetapi gagal.

Apandi berkata rayuan terhadap sabitan itu sudah difailkan pada Jumaat lalu, iaitu pada hari sama majistret menjatuhi hukuman ke atas Lor dan Tan.

KLIK BACA: Najib kesal rakyat percaya ilmu hitam

TERKINI VIDEO: Jamal Yunos dicabar bertarung dengan kucing jantan

WAWANCARA THE STAR: Najib jelaskan mengapa Dr Mahathir gagal jatuhkannya

KLIK BACA: Petisyen desak rumah putih identiti MO1

KLIK BACA: Betulkah Nazir Najib tidak takut yakin kerana benar? – Shahbudin Husin

KLIK VIDEODr Mahathir: Kalau tak kerana Najib, Malaysia lebih maju berbanding Singapura

TERBARUBank kena tutup, tidak mungkin pencuri tangkap diri sendiri, kata Husam

TUN MAHATHIR: ‘Benarkanlah perundangan dilaksana dalam perbicaraan

KLIK BACAAnak Tajuddin menang bidaan Prasarana projek bernilai RM1.1 bilion

MAHATHIR TOLAK MKNDr Mahathir: Keluarga si mati tak boleh tuntut keadilan?

The post Kasari penguat kuasa, peguam negara rayu hukuman lebih berat appeared first on Malaysia Stylo.



Penyumbang : Malaysia Stylo http://ift.tt/2fBoUC5

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.