5 kejayaan warga OKU Malaysia yang menjadi sumber inspirasi kami
Biasa tak kalau korang tengah dok lepak dengan member-member kat kedai makan pastu datanglah golongan OKU ni jual tisu atau minta sedekah? Hmm tipulah kalau korang tak pernah alami situasi ni kat Kuala Lumpur. Ia merupakan perkara normal sehingga mendapat liputan media dan pernah kecoh menyatakan pendapatan mereka (OKU) ni sebulan mencecah sehingga RM2,500!
Biasanya kalau ada golongan OKU ni mesti korang akan pandang sebelah mata je kan. Tapi pernah tak korang terpikir sebenarnya terdapat ramai golongan OKU kat Malaysia ni yang dah berjaya malah ada yang lebih berjaya dari kita yang cukup sifat ni?
So… jom semak antara kejayaan golongan OKU yang membuatkan kami berasa kagum gila dengan kejayaan yang diperolehi mereka….
1. OKU ni memiliki lebih 800 cawangan perniagaan
Korang mesti dah biasa tengok mini market 99Speedmart yang papan tandanya warna hijau gelap dan oren tu kan? Tapi korang tahu tak siapa pemilik mini market tu? Ok untuk pengetahuan, owner dia tu sebenarnya seorang lelaki kurang upaya (OKU) bernama Lee Thiam Wah. Dia mengidap polio pada usia lapan bulan. Oleh kerana dia dari keluarga yang susah, maka dia pun hanya bersekolah sampai darjah enam je dan dia mula mencari duit sendiri dengan berniaga snek ringan kat tepi-tepi jalan.
Buka kedai runcit kecil-kecilan
Pada usia 23 tahun, hasil saving jualan snek ringan tepi jalan tu lah, dia telah memperoleh simpanan sebanyak RM17,000 dan membuka kedai runcit sendiri.
Namun pada tahun 1992, dia telah menjual kedai runcitnya tu dan bukak pulak sebuah kedai runcit dengan nama Mini Market 99. Tak lama kemudian, hasil usaha gigihnya itu dia telah berjaya membuka lapan lagi cawangan yang serupa di area Klang dengan menggunakan kaedah sistem kawalan stok dan investori yang terkini. Hasilnya semua mini marketnya telah berkembang dengan kadar 8% setahun.
Mengilhamkan konsep kedai serbaneka moden
Perniagaannya menjadi semakin berkembang setelah dia mendapat ilham untuk mendirikan sebuah kedai sebaneka moden yang mempunyai kemudahan dan keperluan yang boleh dijalankan dengan satu kedai je. So pada tahun 2000 tu, dia telah rebranding nama kedainya kepada 99 Speedmart.
Kini dia telah mempunyai 800 buah cawangan kedai, lebih 6,000 orang pekerja, enam pusat pengedaran barang dan lebih 100 buah truck dengan lori brandnya sendiri.
2. Peguam OKU mempunyai 2 firma guamannya sendiri
Walaupun dilahirkan tanpa kedua-dua kaki (dari paras lutut) dan cacat tangan kiri (dari paras siku), namun semua tu tak menghalang Tuah Bin Atan untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan sehingga digelar sebagai seorang peguam yang berjaya dimana dia kini telah mempunyai dua firma guamannya sendiri! Hmmm boleh tahan jugak…
Dia yang lebih mesra dikenali sebagai Tuah Atan bertugas sebagai Peguam Sivil dan Peguam Syarie serta merupakan seorang pakar motivasi ni telah mendapat pendidikan awal kat English School 1 bandar Hilir dan Malacca High School sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya dalam bidang undang-undang.
Apa yang menariknya, dia jugak telah berjaya menggubal akta OKU kat Malaysia ni.
Menggubal Akta Orang Kurang Upaya
Menurut Tuah, banyak cabaran terpaksa ditempuhnya semasa zaman belajar sebab waktu tu takde lagi sekolah khas untuk orang cacat anggota.
“Macam cacat penglihatan, pekak dan bisu ada sekolah khas, kalau orang seperti saya kena pergi sekolah biasa. Halangan memang banyak seperti bilik air jauh, kantin jauh, meja tinggi, perpustakaan di tingkat dua dan banyak lagi.” – Tuah Atan, Peguam OKU berjaya. Dipetik dari Utusan Malaysia.
Sebab tu dia bertekad bila keluar je dari universiti dan lulus undang-undang dia nak memartabat dan memperkasakan warga yang senasib dengannya dan oleh sebab tu lah dia telah menggubal Akta Orang Kurang Upaya dan merupakan antara penggubal utama dalam menyediakan Akta OKU 2007 dengan bantuan Tun Dr Mahathir, selaku PM pada masa tu.
3. Prof Dr. Ismail Salleh senator OKU yang pertama
Naib kaunselor Kolej Universiti Teknologi Antarabangsa Twintech (IUCTT), Prof Dr Ismail Salleh merupakan Senator OKU pertama di Malaysia pada tahun 2007. Dia yang mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan ni telah meninggalkan pelbagai rekod cemerlang sebagai ahli akademik dan pakar ekonomi.
Tapi kadang-kadang tu kami terpikir jugak macam mana seorang OKU yang buta boleh menjadi senator pakar ekonomi dan pensyarah? Hmm tabik spring lahh!
Menurut akhbar Utusan, nama Prof Dr Ismail Salleh ni telah tercatat di Guinness Book of Record sebagai orang cacat penglihatan yang pertama peroleh ijazah kedoktoran. Beliau jugak menjadi Pengerusi East Asia, International Council for the Education of the People With Visual Impairment (ICEVI).
Malah dalam bidang ekonomi pulak, dia telah diamanahkan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Institut kajian Strategik Antarabangsa (ISIS), Timbalan Pengarah Eksekutif Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Ekonomi, Pusat Perniagaan Malaysia serta Ahli Majlis Perunding Ekonomi Negara II (MAPEN II).
Anak kelahiran pasir Mas Kelantan ni dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan. Namun keazaman dan kecekalan yang dimilikinya itu berjaya menjadi aspirasi ramai masyarakat. Namun kini nama beliau hanya menjadi kenangan. Beliau telah kembali ke Rahmatullah pada tahun 2009 akibat serangan jantung.
4. Bukan sekadar usahawan malah OKU ni turut menjadi pakar motivasi dan perunding kewangan
Sukur Ibrahim merupakan pemenang Anugerah OKU Cemerlang Kebangsaan (Keusahawanan). Dia telah mengusahakan perniagaan pemasangan karpet selama enam tahun melalui syarikat miliknya, D Strike Solution sejak 2010.
Bukan tu je, malah dia jugak merupakan seorang Agency Supervisor di Cimb Wealth Advisors. Apa yang lebih mengagumkan dengan bekas graduan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari UKM ni ialah….dia jugak merupakan seorang Perunding Motivasi (termasuk juga di luar negara) bagi memberikan inspirasi kepada orang ramai!
Pernah gagal 3 kali didalam bisnes sebelum begelar usahawan berjaya
Menurut Sukur Ibrahim yang dipetik dari TheVocket, dia pernah 3 kali gagal didalam bisnes namun tu semua bukan penghalang baginya untuk meneruskan perniagaan yang lain walaupun pada mulanya untuk meneruskan perniagaan ni, dia tak dapat 100% sokongan dari keluarga (sebab risau akan gagal lagi).
“Walaupun mereka (keluarga) tak setuju untuk berniaga lagi, namun saya tak pernah bertegang urat sebaliknya mengambil kata-kata mereka sebagai pembakar semangat.” – Sukur Ibrahim, Usahawan, Pakar motivasi dan Perunding kewangan. Dipetik dari TheVocket.
Kini perniagaannya yang ke-4 (memasang karpet pejabat, rumah, hotel, masjid dan surau) telah memperoleh kejayaan setelah belajar daripada kesilapan yang lama. Menurut Sukur, antara faktor utama kegagalannya dalam bisnes adalah kerana pengurusan kewangan yang lemah, perbelanjaan melebihi pendapatan, terikut-ikut dengan ‘luxury lifestyle’ dan cetek ilmu tentang keusahawanan.
“D Strike Solution (perniagaan ke-4) adalah lambang kebangkitan saya. Alhamdulillah masih utuh bertahan sehingga kini.”-Sukur Ibrahim, Usahawan, Pakar motivasi dan Perunding kewangan. Dipetik dari TheVocket.
“Tak dinafikan ada sebenarnya masyarakat yang memandang rendah pada golongan OKU. Saya pernah hampir mendapatkan satu projek tapi bila mereka melihat keadaan fizikal saya, mereka tolak mentah-mentah tanpa meminta penjelasan dari saya.”-Sukur Ibrahim, Usahawan, Pakar motivasi dan Perunding kewangan. Dipetik dari Astro Awani.
Tambah Sukur lagi, kunci kejayaan yang diperolehi olehnya ialah sabar dan terus berusaha. Malah atas sebab itulah, kini dia dapat meneruskan perniagaan dan membeli 3 buah rumah hasil titik peluhnya sendiri.
5. Berjaya buka bengkel motosikal setelah menyertai Persatuan Orang Cacat Malaysia
Kisah Mamat Abdullah ni pula berlainan dengan usahawan lain seperti yang disenaraikan kat atas sehingga mencecah pendapatan berbillion ringgit atau berjaya menjadi Senator pakar ekonomi. Tapi kejayaan dia ni turut membuatkan kami berasa kagum sebab dia berjaya membuka bengkel motosikal miliknya sendiri (kita yang sempurna pun belum tentu mampu).
Mamat Abdullah merupakan seorang OKU yang berasal dari Kampung Felda Bukit Bading. Pada mulanya dia dilahirkan normal seperti kanak-kanak lain namun ketika berusia tiga tahun, dia telah mengalami demam panas dan bermula dari situlah keadaannya menjadi tak normal (OKU).
“Sejak kecil lagi memang saya minat bekerja kerana tidak suka bergantung kepada orang lain untuk mencapai sesuatu di dalam hidup ini.” – Mamat Abdullah. Dipetik dari Sinar Harian.
Tambah Mamat lagi, dia mampu memiliki bengkel motosikal ni lepas menyertai Persatuan Orang Cacat Malaysia dengan mengikuti beberapa kursus yang telah dianjurkan sekitar tahun 1980an dan dari situlah dia telah mempelajari selok-belok membaiki enjin motosikal.
Daripada ilmu yang diperolehi itulah dia telah menggunakannya sebaik mungkin sehingga berjaya membuka Bengkel Din Motor kat Kampung Felda Bukit Bading dan kini dia tengah plan untuk mengembangkan lagi perniagaannya supaya dikenali ramai.
Dimana ada kemahuan dan usaha, di situ ada kejayaan
Pencapaian mereka ni menjadi inspirasi buat kita semua agar terus berusaha memajukan diri. Jika mereka yang tak sempurna fizikalnya mampu buat yang terbaik sehingga berjaya apa lagi manusia yang sihat dan takde cacat anggota ni.
Seperti owner kepada minimarket 99Speedmart tu, dia hanya belajar sampai darjah enam je. Bermula dari jual snek makanan ringan kat tepi jalan tapi kini dah memiliki lebih 800 cawangan mini market dan boleh bawak pulang keuntungan berbillion ringgit!
Malah gagal beberapa kali dalam perniagaan dan tak mendapat kepercayaan (kerana diri OKU) langsung tak mematahkan semangat untuk terus bangkit dan berusaha sehingga bergelar usahawan berjaya.
Bagi yang nak mulakan bisnes tapi tak cukup modal atau tak tahu macam mana, tak perlu susah-susah dah sebab banyak badan-badan yang turut memberikan bantuan pinjaman untuk golongan ini seperti Skim Bantuan Galakan Perniagaan Orang Kurang Upaya (SBGPOKU) kat Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad atau pun Agrobank bagi mereka yang nak jalankan bisnes berasaskan pertanian dan industri asas tani.
Sumbangan : SOSCILI http://ift.tt/2h6Efip
a href='http://ift.tt/2dfzQXt' imageanchor='1' style='margin-left: 1em; margin-right: 1em;'>
Post a Comment