Hi! Welcome Back and Stay Tune! Maxis Menggondol Sejumlah Anugerah Iklan YouTube Malaysia - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Maxis Menggondol Sejumlah Anugerah Iklan YouTube Malaysia

Populariti YouTube sebagai pilihan utama untuk menonton video semakin melonjak. Jika semalam anda sudah mengetahui senarai video YouTube tempatan yang popular, hari ini YouTube Malaysia dengan kerjasama Malaysian Advertising Association telah mengadakan pertandingan khusus untuk meraikan iklan YouTube tempatan yang terbaik.

Dari 400 video iklan yang telah diterima dari 70 jenama, kesemua video ini telah disaring dan diadili panel terkemuka dalam memilih pemenang. Sebanyak 9 kategori telah dipertandingkan. Berikut merupakan senarai finalis dan pemenang untuk setiap kategori.

Teknologi / telekomunikasi
1) Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)
2) Maxis – 6 Inch Durian Farm
3) Maxis – Rojak 360 Lost and Found

Kewangan

1) BSN – Janji Papa (pemenang kategori – Fisherman Integrated, Graph Studio, Mediacliq)
2) AIA – #MySwatowLaneClub
3) Maybank – Jom Raya

Perniagaan

1) 11st – Whatever it Takes (pemenang kategori – McCann Erickson)
2) Subway – Chicken Tandoori
3) IKEA – Storage Solutions

Barangan Pengguna

1) F&N x Bunkface – Warnai Dunia (pemenang kategori – m/SIX, Alpha, PRS Productions)
2) Unilever – Breeze Raya Pt.1
3) Nescafe – Halftime

Intro 5 Saat

1) Dutch Lady – Breakfast Chomp (pemenang kategori – Saatchi & Saatchi, Arachnid, Carat)
2) Oishi – Green Tea
3) Subway – Chicken Tandoori

Iklan Animasi

1) Tune Protect (pemenang kategori – Ensemble Worldwide)
2) Milo – Own the Day
3) Digi – My Digi App

Penceritaan Iklan Terbaik
1) Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)
2) 11st – Whatever It Takes
3) BSN – Janji Papa

Iklan Panjang
1) Maxis – The Last Kite Maker (pemenang kategori – IPG, Ensemble, Mojo Films)
2) 11st – Whatever It Takes
3) Sime Darby – Budak Subang Jaya 360

Iklan Terbaik

Maxis – The Last Kite Maker (pemenang keseluruhan – IPG, Ensemble, Mojo Films)

Selain dari itu, empat penerbit saluran YouTube yang baru mendapat 100,000 pelanggan saluran turut diraikan. Mereka yang membawa pulang YouTube Silver Button adalah:

Ini merupakan kali pertama YouTube Malaysia mengadakan anugerah sebegini dan dengan prestasi memberangsangkan perkhidmatan video popular di negara ini, tidak mustahil anugerah sebegini akan diadakan pada masa akan datang.






Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2hdbEYQ

No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.