AWS re:Invent 2016 – Perlindungan Dari DDoS Untuk Semua Pelanggan AWS
Pada hari kedua acara AWS re:Invent, Werner Vogels, Ketua Pegawai Teknologi AWS telah berkongsi pelbagai langkah dan juga solusi terbaru bagi menambah baik perkhidmatan mereka. Menyedari lebih banyak serangan terhadap perkhidmatan di internet, kini mereka membawakan perkhidmatan mereka setapak kehadapan dengan menawarkan AWS Shield For Everyone.
Menerusi AWS Shield for Everyone, semua pengguna AWS akan mendapat perlindungan dari serangan DDoS sama ada berbentuk volumetrik, dan ‘state exhaustion’. Terdapat dua jenis serangan sebegini dimana sekiranya terdapat banyak sambungan palsu yang sedang berlaku, atau sekiranya berlaku banyak penggunaan palsu yang menghabiskan kapasiti penggunaan perkhidmatan AWS.
Tiada sebarang langkah yang diperlukan bagi pengguna AWS yang sedia ada kerana perlindungan ini akan diaktifkan bermula hari ini. Bagi pengguna AWS pada skala besar, AWS Shield Advanced tersedia bagi perlindungan tambahan dalam menangani serangan yang lebih besar dan kompleks.
Mukah Pages berkongsi Informasi Teknoloji Terkini dari Amanz http://ift.tt/2fK3LKU
Post a Comment