Hi! Welcome Back and Stay Tune! MO1 PUNCA MASALAH PASARAN KERJA? - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

MO1 PUNCA MASALAH PASARAN KERJA?

SHAH ALAM – PKR mendakwa masalah pasaran kerja adalah disebabkan MO1 yang memperkenalkan Malaysia di mata dunia dengan skandal 1MDB.
Setiausaha Agungnya, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, ini terbukti apabila kerajaan ditadbir oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak terus mengalami kejatuhan dalam ranking Indeks Rasuah Terburuk (CPI 2017).
“Ini sekaligus membawa kesan buruk negara di kaca mata pelabur tempatan mahupun antarabangsa.
”Salah satu penyalahgunaan kuasa kerajaan Umno BN adalah tidak pedulikan tuntutan rakyat terhadap kebertanggungjawaban dalam urusan kewangan (fiskal),” katanya dalam kenyataan semalam.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan yang menyalahkan tindakan sesetengah pihak yang memburukkan Malaysia di luar negara sehingga memberi kesan buruk kepada pasaran kerja anak-anak muda dalam negara.
Saifuddin berkata, kerajaan harus sedar bahawa hampir separuh daripada jumlah pekerja menganggur di negara ini adalah golongan muda walaupun mereka hanya mewakili satu pertiga daripada jumlah tenaga kerja Malaysia.
Katanya, walaupun tahap pendidikan tenaga kerja semakin meninggi, peluang pekerjaan yang wujud dalam ekonomi negara masih tertumpu kepada pekerjaan berkemahiran rendah dan sederhana yang kini dipelopori oleh tenaga kerja asing.
“Sekiranya untuk membolehkan anak muda Malaysia terutama golongan siswazah memperoleh gaji yang adil dan berpatutan, Pakatan Harapan akan membuat perubahan yang menyeluruh bagi menyelesaikan permasalahan ini.
“Antara perhitungan besar pengundi pada PRU14 ini, adalah memilih kepimpinan dan kerajaan yang boleh mengeluarkan negara daripada amalan rasuah, kronisme dan salah guna kuasa sebagai faktor utama yang telah menggagalkan negara untuk mencapai kedudukan negara maju,”katanya.
– Sinar Harian


✍ Sumber Pautan : ☕ Malaysians Must Know the TRUTH

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2F5TILN

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.