Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU” – Nora Danish nasihat sesiapa mahu ada anak buang fibroid dulu - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU” – Nora Danish nasihat sesiapa mahu ada anak buang fibroid dulu

‘Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU’

DI sebalik ribuan ucapan tahniah yang diterima dan wajah comel baby NeyNey, ada kisah yang terpaksa dilalui oleh Nora Danish sehingga dia terpaksa bersalin lebih awal dari tarikh jangkaan sebenar.

Menurut pelakon ini menerusi akaun Instagram miliknya, dia pada awalnya berharap dapat melahirkan anak keduanya, Mohamed Neqayl Nazri Aziz Nedim atau NeyNey secara normal.

“Saya telah dinasihatkan oleh Doktor (Dr) Aziz untuk melahirkan NeyNey secara pembedahan kerana selepas pemeriksaan lanjut dilakukan ke atas saya, saya diberitahu mempunyai dua fibroid yang sangat merbahaya.

“Saya rasa sangat bersyukur kerana selamat melahirkan anak walaupun fibroid tersebut mungkin boleh menyebabkan keguguran atau pengakhirannya saya berada di ICU (Unit Rawatan Rapi),” tulisnya.

Sementara itu, Nora turut menasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk mempunyai anak supaya melakukan pemeriksaan kesihatan dan jika dikesan mempunyai fibroid sebaiknya menjalani pembedahan membuangnya.

“Saya nak nasihatkan wanita di luar sana yang merancang untuk ada anak supaya buat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

“Jika ada fibroids buang dahulu. Saya bertuah sangat kami berdua selamat dan sihat. Syukur kepada Allah dan terima kasih Dr. Aziz,” ujarnya.

Pelakon yang popular menerusi filem Aku Terima Nikah ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.97 kg  sebuah hospital swasta di ibu negara pada jam 9.02 pagi, 22 Februari lalu.

Pada awalnya NeyNey dijangka lahir pada 9 Mac.

Nora dan Nedim berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ini adalah perkahwinan kedua buat mereka.

Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini berusia 9 tahun.

Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin.

Manakala Nedim pernah berkahwin dan bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.

Sumber: Sinar Harian



Sumber “Pengakhirannya saya mungkin berada di ICU” – Nora Danish nasihat sesiapa mahu ada anak buang fibroid dulu

✍ Sumber Pautan : ☕ Trending Now

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : http://ift.tt/2oy4z7a

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.