Hi! Welcome Back and Stay Tune! Guan Eng minta Najib jawab pelaburan 1MDB sebanyak AS$8.33 - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

Guan Eng minta Najib jawab pelaburan 1MDB sebanyak AS$8.33

Menteri Kewangan berkata daripada berbahas sama ada pembayaran sebanyak RM6.98bilion kepada 1MDB langkah menyelamat atau tidak, 'lebih produktif' jika Najib menjawab beberapa persoalan baru.

KUALA LUMPUR: Kementerian Kewangan hari ini membangkitkan lebih banyak persoalan mengenai pelaburan bernilai AS$8.33 bilion dibuat oleh 1Malaysia Development Bhd (1MDB) antara 2009 dan 2013, dan meminta bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bertanggungjawab ke atas beberapa transaksi tersebut.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata daripada terus membahaskan sama ada pembayaran 1MDB sebanyak RM6.98 bilion itu sebagai penyelamat oleh kementerian, adalah “lebih produktif” jika Najib menjawab beberapa persoalan baru.

Dalam kenyataannya hari ini, beliau bertanya 3 soalan:

– Di manakah sejumlah AS$1.83 bilion yang dilaburkan dengan Petrosaudi International Ltd antara tahun 2009 hingga 2011?

– Di manakah sebanyak AS$3.5 bilion yang dikumpul pada 2012 untuk tujuan memperoleh loji janakuasa di Malaysia?

– Di manakah sejumlah AS$3 bilion yang dikumpul pada 2013 untuk melabur di Tun Razak Exchange (TRX)?

Mengenai RM6.98 bilion yang dibayar oleh kementerian bagi pihak 1MDB, Lim berkata pembayaran dibuat berhubung pinjaman yang tidak berkaitan sama sekali dengan projek hartanahnya 1MDB, termasuk Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia.

Ia sebaliknya dibuat untuk membayar faedah kupon 3 terbitan bon, iaitu bon 10 tahun bernilai AS$3.5 bilion yang diterbitkan pada Mei dan Oktober 2012, bon 30 tahun berjumlah RM5 bilion yang diterbitkan pada 2009, dan bon 10 tahun bernilai AS$3 bilion diterbitkan pada Mac 2013, serta dan membayar pendahuluan AS$1.2 bilion daripada International Petroleum Investment Corp (IPIC) Abu Dhabi.

Bon bernilai AS$3.5 bilion bertujuan untuk memperoleh aset loji janakuasa. Walaupun aset tersebut dilupuskan dan hasilnya digunakan sepenuhnya, bon masih tertunggak.

Bon RM5 bilion digunakan terutama untuk pelaburan 1MDB yang gagal dengan PetroSaudi International.

Bagi bon bernilai AS$3 bilion, ia bertujuan untuk membiayai pembangunan TRX, namun Ketua Audit Negara melaporkan dana yang dikumpul itu tidak digunakan untuk tujuan berkenaan.

Pembayaran juga dibuat untuk membayar sepenuhnya pendahuluan AS$1.2 bilion daripada International Petroleum Investment Corporation (IPIC) Abu Dhabi (IPIC) dengan pendahuluan dibuat pada April 2015 untuk membayar balik pinjaman AS$975 juta daripada konsortium yang diketuai oleh Deutsche Bank, katanya.

“Oleh itu mengapa pulangan daripada projek hartanah, tanah yang pada asalnya diperoleh murah daripada kerajaan, digunakan untuk membayar segala hutang 1MDB yang lain?” katanya.

“Berdasarkan semua fakta dan angka ini, tidak ada penerangan lain ke atas pembayaran RM6.98 bilion oleh kementerian bagi pihak 1MDB setakat ini, selain menggambarkannya sebagai penyelamatan tunggal terbesar dalam sejarah oleh kerajaan Malaysia,” katanya.

Lim berkata kementerian akan bekerja rapat dengan Jawatankuasa Khas 1MDB yang ditubuhkan oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir bagi memperoleh kebenaran sepenuhnya mengenai MDB untuk mendapatkan semula sebahagian besar dana yang hilang dan dicuri, untuk menampung hutang dan defisit yang diwujudkan oleh pentadbiran Najib.

Pendedahan itu akan membantu kerajaan menghukum mereka bertanggungjawab ke atas skandal rasuah terburuk pernah berlaku dalam sejarah Malaysia, katanya.


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber Guan Eng minta Najib jawab pelaburan 1MDB sebanyak AS$8.33

✍ Sumber Pautan : ☕ Macam Macam hal laaaa... Anda patut tahu!!!

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2LzvvOo

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.