Hi! Welcome Back and Stay Tune! “Projek Bernilai RM65 Bilion Itu Diserahkan Kepada Syarikat Negara China Tanpa Proses Telus Dan Berdaya Saing.” ECRL Bukan Pelaburan, Ia Pinjaman Bank Dari China - Prof Jomo.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

“Projek Bernilai RM65 Bilion Itu Diserahkan Kepada Syarikat Negara China Tanpa Proses Telus Dan Berdaya Saing.” ECRL Bukan Pelaburan, Ia Pinjaman Bank Dari China - Prof Jomo..



KUALA LUMPUR: Malaysia baharu bukan anti pelaburan dari China, sebaliknya hanya mempertikai dan mengkaji beberapa projek mega tertentu dari negara itu yang tidak berdaya maju untuk ekonomi negara.

Menurut ahli Majlis Penasihat Kerajaan, Prof Jomo Kwame Sundaram, projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) tidak melibatkan pelaburan asing dari China tetapi merupakan pinjaman besar dari bank eksport-import China sebanyak 85 peratus dari kos projek dan berdasarkan kepada terma khas.


Menurutnya, projek bernilai sekitar RM65 bilion itu juga dianugerahkan kepada syarikat China tanpa proses telus dan berdaya saing, selain penawaran pengecualian cukai berkait projek tersebut.

"ECRL adalah projek yang tidak berdaya maju untuk ekonomi. Projek sebegini kebiasaannya melibatkan lebihan kos yang tidak dijangka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Kenyataan beliau itu bagi menjawab laporan Financial Times bertajuk "China's south-east Asia push threatened by new Malaysia regime" yang menggambarkan kerajaan baharu Malaysia akan bersifat anti pelaburan dari China.


"Sejak Merdeka, kerajaan Malaysia mengalu-alukan Pelaburan Langsung Asing (FDI)," kata Jomo.

Beliau berkata disebalik khidmat nasihat yang diberikan, pelaksanaan projek ECRL dipercepatkan kepada tahun ini dan dijangka siap dalam masa tujuh tahun.


"Ia berbeza dari cadangan penyiapan 18 tahun. Kurang empat bulan dari pengumuman, suku dari pinjaman sudah diserahkan," katanya, sambil menambah wujud tentangan hebat terhadap projek itu berkait tanggungan hutang besar.

"Kerajaan baharu mengiktiraf FDI dan perpindahan teknologi dari luar adalah penting untuk perkembangan masa depan," ujarnya.



✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2x9NPuv

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.