Hi! Welcome Back and Stay Tune! (VIDEO) Rakam Video Aksi Mandi Di Kolam, Tapi 3 Sahabat Terakam Saat Mereka Mati Lemas.. - Mukah Pages : Media Marketing Make Easy With 24/7 Auto-Post System. Find Out How It Was Done!

Header Ads

(VIDEO) Rakam Video Aksi Mandi Di Kolam, Tapi 3 Sahabat Terakam Saat Mereka Mati Lemas..



Tiga orang sahabat secara tidak sengaja telah merakam sendiri babak dimana-dimana ketiga-tiga lelaki tersebut lemas dan maut ketika mandi di sebuah kolam terbiar. Dipercayai mereka pada mulanya berniat untuk merakam aksi mereka berenang di kolam tersebut.


Chetan Khatik, 28, Sudarshan Chandel, 22, dan Radheyshyam Khatik, 27, berhenti sebentar di kolam itu ketika keluar beriadah dengan berbasikal di bandar Rajsamand di Rajashtan, India.

Walaupun ketiga-tiga mereka tidak pandai berenang, mereka tetap mencuba untuk berenang di dalam kolam dalam di Gauri Dham Kund.


Sebelum kejadian tersebut berlaku, salah seorang daripada mangsa telah meletakkan telefon bimbitnya dalam tetapan merakam di atas permukaan dipercayai batu. Rakaman awal selama tiga minit tersebut merakam detik mereka bergelut di dalam air dan perlahan-lahan tenggelam ke dasar kolam.


Kejadian itu bermula apabila salah seorang daripada mereka terjun ke dalam kolam, mangsa mula menunjukkan tanda-tanda mahu lemas, menyebabkan kedua-dua orang lagi rakannya turut terjun ke dalam kolam itu bagi menyelamatkan mangsa yang terkapai-kapai.


Bagaimanapun, dua lagi mangsa yang terjun kemudian turut mengalami nasib yang sama. Tidak lama kemudian, melalui rakaman tersebut dapat dilihat ketiga-tiga mereka saling berpaut antara satu sama lain dalam usaha untuk menyelamatkan diri hinggalah seorang demi seorang mula tenggelam dan lemas.

Nasib yang menimpa ketiga-tiga mangsa hanya disedari apabila keluarga mereka yang risau dengan kehilangan mereka telah membuat laporan polis. Siasatan polis akhirnya membawa kepada penemuan jasad tiga sahabat itu di dasar kolam tersebut.


''Ketiga-tiga mangsa mempunyai pertalian darah dan mengenali antara satu sama lain,'' kata pegawai penyiasat, Rajender Godara.


Pihak polis kemudian menemui telefon bimbit salah seorang mangsa dan dapat mengenal pasti punca kehilangan mereka. Ketiga-tiga mangsa lemas dalam masa kurang tiga minit.




''Chetan dilihat bergerak ke kawasan lebih dalam kolam dan mula terkapai-kapai. Radhey Shyam dan Sudarshan cuba menyelamatkannya, namun gagal dan turut terkorban,''kata Ramesh Chandel, rakan kepada ketiga-tiga mangsa.

VIDEO:








Sumber : Dailymail


✍ Sumber Pautan : ☕ PenmerahPress

Kredit kepada pemilik laman asal dan sekira berminat untuk meneruskan bacaan sila klik link atau copy paste ke web server : https://ift.tt/2xbqcS1

(✿◠‿◠)✌ Mukah Pages : Pautan Viral Media Sensasi Tanpa Henti. Memuat-naik beraneka jenis artikel menarik setiap detik tanpa henti dari pelbagai sumber. Selamat membaca dan jangan lupa untuk 👍 Like & 💕 Share di media sosial anda!


No comments

Comments are welcome and encouraged on this site. Comments deemed to be spam or solely promotional will be deleted. Including link to relevant content is permitted, but comments should be relevant to the post topic.

Comments including profanity and containing language that could deemed offensive will also deleted. Please respectful toward other contributors. Thank you.